Follow Us @bijak.sihat

26 Ogos 2017

4 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi dan Selamat

Ramai orang yang beranggapan putih itu cantik, jadi bermacam cara orang cuba untuk memutihkan kulit. Ada yang pakai skincare pemutih kulit dan ada yang mengamalkan petua-petua semulajadi tertentu. Nak putihkan kulit ni taklah salah, cumanya pilihlah bahan yang selamat ya. Memutihkan kulit wajah dan badan ni selain beli krim atau suplemen pemutih boleh usahakan secara semulajadi juga.. nak tau ke? Jom.



Penggelapan kulit sebenarnya adalah akibat tindakbalas kulit kita yang terdedah kepada cahaya matahari. Ada satu enzim yang bernama tyrosinase yang menghasilkan lapisan gelap pada kulit (melanin). Jika kulit terdedah kepada cahaya matahari, maka ia akan meningkatkan penghasilan lapisan kulit gelap ini. Macam kes sunburn.. ketara betul kulit jadi gelap :)


Bahan Memutihkan Kulit dalam Skincare dan Kosmetik

Ada 3 kaedah yang syarikat-syarikat skincare dan kosmetik ini apply pada produk mereka untuk hasilkan kesan memutihkan kulit. Inilah rahsianya :)

1. merencat tindakan enzim tyrosinase
2. memiliki sifat antioksidan yang dapat menghalang radikel bebas
3. bahan pelindung uv

Selain itu, produk juga mungkin ditambah dengan bahan-bahan lain supaya boleh menghilangkan pigmentasi yang telah terjadi sebelumnya. Kiranya macam tindakan 2 dalam satu memelihara dan memulihara daripada kulit gelap. :) Hasil sasaran semestinya memutihkan kulit pengguna.

1. Bahan pemudar melanin
2. Bahan yang menggalakkan penggantian sel yang baru
3. Peelings / pengelupas yang bertujuan untuk membuang sel kulit mati

Pesanan Jaja, hati-hati pilih produk ye sebab mungkin ada kandungan berbahaya seperti merkuri dan hydroquinone yang telah diharamkan kegunaannya. Tak dinafikan kesan putih memang segera, tapi fikirkan semula tentang bahaya yang kita tanggung seumur hidup kita.

Mencerah dan memutihkan kulit sebenarnya tidaklah berlaku secara drastik kerana ianya adalah suatu proses yang memang memakan masa.

Bagi produk yang menjamin untuk kulit putih dalam tempoh yang singkat, amat ditakuti jika ia mengandungi bahan pengelupasan melanin kulit yang sangat kuat. Lama-kelamaan kulit boleh menjadi nipis dan menjejaskan perlindungan semulajadi padanya. Biarpun kulit menjadi putih dan kemerahan tetapi ia senang pula untuk merengsa sekalipun terkena terik matahari. Jadi, sentiasa pilih produk anda dengan bijak ☝️ Jangan termakan janji-janji palsu gaiss.


4 Cara Memutihkan Kulit secara Semulajadi dan Selamat

Kalau dah namanya secara semulajadi kena rajin sikit lah ya.

1. Amalkan memakan buah dan sayuran kaya Vitamin C

Vitamin C bersifat antioksidan, jadi mengurangkan kerosakan sel akibat radikel bebas. Ia juga boleh memudarkan warna melanin yang terbentuk pada kulit akibat tindakan enzim tyrosinase. Kulit akan kelihatan lebih cerah akibat pelunturan warna melanin. Vitamin C juga akan merencat tindakan enzim tyrosinase melampau, penyebab kulit bertambah gelap.

Dr. Axe: 10 makanan yang kaya Vitamin C

Ini tindakan mencerah dan memutih kulit dari dalam, kesannya memang agak lambat tetapi warna cerah kulit akan kekal lebih lama.

>> Klik untuk dapatkan Pil Vitamin C semulajadi <<


2. Sapuan Lulur Timun



Ambil timun dan racik-racik isinya menjadi halus, kisar saja kalau ingin senang. Lulurkan pada muka dan badan secara sekata, dan biar ia mengering beberapa lama sebelum dibilas. Khasiat dari timun akan meresap ke dalam kulit. Kebaikan timun ialah:

  • Mengandungi vitamin A yang membaiki pertumbuhan dan perkembangan sel
  • Mempunyai 80% air yang menghidrat kulit daripada kering, kegatalan dan pengelupasan
  • Mempunyai vitamin C yang menggalakkan penghasilan kolagen dan mengekalkan kekenyalan kulit
  • Mineral Kalium di dalamnya dapat menyembuhkan kekeringan dan kekusaman pada kulit
  • Sifat astrigen pada timun (sejenis bahan yang dapat menegangkan kulit) akan membantu untuk mencerahkan kulit


Banyak pagi tips timun yang boleh dipraktikkan sama ada dicampur dengan bahan lain atau tempek saja potongan timun pada kulit.


3. Skrub Putih Telur

Petua ini mungkin agak renyah sedikit sebab gunakan telur. Nak-nak telur putih saja 😅


Bagi sesetengah orang, membazir? Hehe.

Dalam putih telur ada vitamin A, vitamin B dan selenium selain protein.

Putih telur berupaya menanggalkan sel kulit mati termasuk whitehead dan blackhead juga. Vitamin A di dalamnya dapat mengurangkan kedutan secara semulajadi dan melembutkan kulit.

  1. Ambil 2 biji putih telur dicampur dengan 2 sudu jus lemon dan 2 sudu minyak zaitun
  2. Kacau campuran sehingga sekata
  3. Sapu campuran pada kulit untuk memutihkan nya
  4. Ulang sapuan 2-3 kali lagi apabila putih telur mengering
  5. Selepas beberapa ketika, tanggalkan masker putih telur
  6. Bilas kulit dengan air sejuk kemudiannya
  7. Lakukan seminggu 2 kali secara konsisten

Campuran putih telur dengan jus lemon akan menggalkan sel kulit mati, mencerahkan kulit selain khasiat jus lemon yang membekalkan vitamin C yang bersifat antioksidan. Minyak zaitun pula akan melembapkan kulit.

Awas, kulit jenis sensitif tak digalakkan guna lemon ye. Takut lebih memudaratkan kerana asid lemon agak kuat :)


4. Gel Aloe Vera

Gel yang didapati daripada daun aloe vera atau lidah buaya mengandungi Aloesin. Bahan ini boleh merencat activity enzim tyrosinase. Jadi pembentukan melanin yang berlebihan disekat dan pencerahan kulit berlaku secara beransur-ansur. Aloe vera juga bersifat antioksidan, satu sifat lagi yang bagus untuk menghalang pigmentasi kulit akibat radikel bebas.


Cara-cara menggunakan aloe vera sebagai pemutih kulit:

  1. Potong daun aloe vera dan ambil gel di dalamnya
  2. Sapu gel pada kulit muka dan badan
  3. Biar beberapa ketika supaya mengering
  4. Bilas dengan air
  5. Lakukan secara konsisten


Selamat mencuba 4 tips memutihkan kulit ini 😊💕

Tiada ulasan: