Follow Us @bijak.sihat

10 Ogos 2017

Cara Mengurangkan Stretch Mark Selepas Bersalin

Stretch mark atau kesan regangan biasa terjadi kepada para wanita yang hamil atau telah melahirkan. Regangan kulit berlaku akibat perkembangan bayi di dalam kandungan menyebabkan timbulnya tanda rekahan berwarna keperangan, putih atau kemerahan, sedikit berlainan daripada warna kulit di sekitarnya. Stretch mark juga dikatakan cenderung terjadi jika kulit terlalu kering dan tidak anjal, maka rekahan akan mudah berlaku semasa proses perubahan saiz perut si ibu demi bayi yang semakin membesar di dalam perut tersebut.


Bolehkah stretch mark hilang?

Stretch mark biasanya akan pudar mengikut peredaran masa. Namun, jika anda mahu penyelesaian yang lebih cepat, di sini ada beberapa petua dari Jaja.




Petua mengelak atau mengurangkan masalah stretch mark semasa hamil

Semasa hamil, si ibu amat-amat memerlukan nutrisi yang cukup demi keperluan bayi dan ibu sendiri. Antara kelas makanan yang penting semestinya protein yang menjadi tonggak perkembangan dan pembesaran bayi. Air yang cukup juga penting supaya si ibu tidak lesu. Ada juga jenis vitamin yang perlu diambil secara ekstra seperti vitamin B dan asid folik.

Salah satu faktor kepada stretch mark ialah kulit kering yang menyebabkan ia menjadi tidak anjal dan lembap, akibatnya rekahan kulit begitu ketara.

Ada beberapa petua semasa hamil yang mungkin dapat mengelakkan masalah stretch mark ini.


  • Minum banyak air kosong supaya kulit sentiasa segar dan lembap
  • Ambil protein yang mencukupi kerana sel-sel dibina daripadanya. Sel kulit juga dibina dan diganti dengan pantas dengan adanya protein, maka kurang risiko stretch mark akibat gantian sel yang cepat semasa kulit meregang.
  • Amalkan vitamin C. Vitamin C banyak terdapat di dalam buah oren, mangga dan sayuran lain. Salah satu khasiat vitamin C ialah menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit. Banyak kolagen bermakna kulit lebih lembap dan anjal, risiko stretch mark menjadi kurang 😘 Selain itu, vitamin C juga dapat memudarkan parut, khas buat mereka yang ada stretch mark akibat kelahiran yang lepas.
  • Guna krim stretch mark. Ada pelbagai jenis krim dalam pasaran jadi pilihlah yang  bersesuaian ya!


ESP dan SR Vita-C Plus membantu Mengurangkan Stretch Mark

Jaja cadangkan 2 Jenis suplemen ini diambil semasa mengandung supaya dapat mengurangkan masalah stretch mark selepas bersalin.


ESP adalah protein soya, protein dari tumbuhan yang memiliki semua 20 komponen asid amino, selain bersih daripada lemak dan kolesterol. Fungsi ESP seperti berikut:

✅ membina sel kulit dan mengganti sel mati dengan yang baru
✅ memberi keanjalan dan kelembapan kepada kulit, jadi kulit perut meregang dengan baik semasa tempoh kehamilan
✅ bonus lain iaitu ibu hamil tahan lapar lebih lama, bertenaga dan kulit bertambah mulus



Sustained Release Vita-C Plus pula ialah sumber vitamin C semulajadi dalam rangkaian produk Shaklee. Pengambilan Vitamin C juga penting untuk menjaga kesihatan kulit. Fungsinya seperti berikut:

✅ menggalakkan penghasilan kolagen kulit membuatkan kulit tidak kering dan tisu tumbuh dengan baik
✅ mengurangkan kesan parut pada kulit
✅ antioksidan yang melindungi kulit daripada radikel bebas
✅ bonus iaitu meningkatkan sistem imun badan ibu hamil supaya jarang terkena demam dan kurang risiko terkena penyakit.

Testimoni Stretch Mark (1)

Testimoni Stretch Mark (2)

Testimoni Stretch Mark (3)

Jika ada yang ingin mencuba ESP dan vitamin C ini untuk ikhtiar masalah strecth mark lepas bersalin, sila jangan segan-segan hubungi Jaja. InsyaAllah Jaja akan guide untuk dapatkan result yang terbaik.

Mengapa suplemen Shaklee ini patut jadi pilihan anda? Ia kerana setiap produknya disokong oleh beratus-ratus kajian terhadap manfaat bahan mentahnya dari sumber semulajadi. Ia bukan vitamin sintetik yang patut kita risaukan takut-takut ia merosakkan buah pinggang. Dengan konsultasi yang betul daripada Jaja, mudah-mudahan anda mendapat hasil yang anda impikan dengan cara yang selamat dan berkesan, insyaAllah 😉

Penafian: Produk ini bukanlah ubat yang menyembuhkan tetapi makanan tambahan yang menyokong kesihatan badan.


Baca selanjutnya: 7 Testimoni Cantik dengan ESP


Tiada ulasan: