Awas Dehidrasi - 7 Kesan Buruk Kurang Minum Air!

Minumlah air secukupnya setiap hari!

Air, sangat penting untuk badan kita. Manakan tidak, 70% daripada jisim badan kita terdiri daripada air. Sebab itu, selalu ada nasihat untuk kita sentiasa minum air yang mencukup setiap hari. Kajian mendapati seorang manusia boleh hidup beberapa minggu tanpa makanan, tetapi manusia akan mati dalam beberapa hari jika tiada air. Ha penting kan air ni?


Petanda Badan Kurang Air


Sesetengah orang tak rasa dahaga pun, tapi tak bermakna mereka sudah cukup keperluan air dalam badan. Cuba kita perhatikan tanda-tanda yang Jaja kongsikan dari MayoClinic ini ya.

Antara tanda-tanda badan kekurangan air bagi bayi dan kanak-kanak ialah:

  • Mulut dan lidah menjadi kering
  • Tiada air mata ketika menangis
  • Lampin kering selepas 3 jam
  • Mata dan pipi menjadi tenggelam atau sembap (sunken eyes and cheeks)
  • Lesu


Berikut pula ialah tanda-tanda kekurangan air bagi orang dewasa:

  • Dahaga yang ekstrem
  • Kurang membuang air kecil
  • Air kencing berwarna gelap
  • Keletihan
  • Pening
  • Keliru / Mamai



Kesan Buruk Kurang Minum Air / Dehidrasi


Kalau badan kita cukup air, ia akan berfungsi dengan sangat baik. Sebaliknya, jika badan kita kurang air pula, ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan kita. Kejadian tidak cukup air dalam badan ini dipanggil sebagai dehidrasi

Jom Jaja kongsikan 7 kesan buruk akibat dehidrasi untuk anda.


1. Menyekat Keupayaan Fizikal


Apabila badan kurang air, badan kita menjadi lesu dan mudah penat. Nak buat apa pun rasa tak bersemangat dan bertenaga. Jadi, keupayaan badan menjadi terbatas.


2. Badan Lemah dan Letih


Walaupun kita makan banyak, badan akan tetap merasa lemah dan penat jika kekurangan air. Jadi, mesti cukupkan minum air setiap hari ye!



3. Sembelit dan Ketidakselesaan Perut


Bila jadi sembelit, ada 2 faktor utama yang menjadi puncanya iaitu sama ada kurang serat atau kurang air. Air amat membantu supaya proses pembuangan air besar berjalan dengan lancar setiap hari. 

Proses pencernaan makanan pula memerlukan air sebagai medium tindakbalas sebelum boleh diserap oleh badan. Apabila kurang air, pencernaan menjadi kurang lancar dan perut juga akan jadi tidak selesa.


4. Kurang Zat Makanan

Makanan berkhasiat jangan dibazirkan zatnya semata-mata sebab kita kurang minum air.

Anda mungkin pernah dengar penjual vitamin termasuk Jaja (hihi) akan kata minum air dengan banyak apabila mengamalkan vitamin dan suplemen. Sebenarnya bukan apa, air sangat membantu untuk penyerapan vitamin yang kita makan terus ke dalam badan. Apabila banyak minum air, maka zat-zat daripada vitamin akan menyerap ke badan dengan sempurna dan tidak dibazirkan.. 

Begitu juga kalau kita makan makanan berkhasiat setiap hari tetapi jika kita kurang minum air, penyerapan zat jadi tak berapa berkesan. Buat penat makan sajalah lebih kurang ceritanya. Jadi, cukupkan air ya?


5. Kulit Kering dan Kasar

 

Tahu tak 30% daripada kulit kita terdiri daripada komponen air yang menjadikan ia hilang daya elastiknya, maka kulit menjadi kasar. 

Bila cukup air dalam badan, kulit nampak ‘segah’ dan lebih berseri sebenarnya. Kalau kurang air, nanti kulit jadi kusam.. tak nak kan. Jadi, ambillah air yang cukup setiap hari.

Perkongsian Dr. Zubaidi yang Jaja baca baru-baru ini ada juga menghuraikan tentang masalah tumit kaki pecah. Ha tahu ke apa sebab utama tumit kaki pecah? Jawapannya, kurang airlah!


6. Demam lambat sembuh

 

Jika demam, banyakkanlah minum air kosong. Air amat berperanan untuk membawa toksin dan haba keluar dari badan. Jika kurang minum air, proses penyembuhan demam menjadi lambat.


7. Nampak lebih tua

 


Bila kulit menjadi kering akibat kekurangan air dalam badan, mulalah ia berkedut dan timbul garisan halus di muka. Penampilan wajah akan Nampak lebih tua dari usia sebenar. Takut tak?



Hebat juga kan kesan jika kurang minum air ni.. jadi, marilah banyakkan minum air setiap hari ya. Mudahan kita semua terhindar dari 7 kesan buruk di atas :)




Tiada ulasan

Imej tema oleh -ASI-. Dikuasakan oleh Blogger.