Follow Us @bijak.sihat

24 November 2017

3 Makanan Yang Baik untuk Mencegah Kanser

Mencegah kanser dengan Pemakanan


Kanser? Mendengar sahaja sudah buat kita ketakutan bukan? Siapalah yang ingin sakit kanser, nauzubillah minta kita dijauhkan daripada sebarang penyakit lagi-lagi penyakit kanser.

Kanser, sebenarnya ada kaitan juga dengan pemakanan seseorang. Jadi kali ini ingin Jaja kongsikan dengan anda tentang makanan yang baik untuk mencegah kanser. Semoga hasil perkongsian ini serba-sedikit dapat menambah nilai dalam kehidupan kita menuju gaya hidup yang lebih sihat, insyaAllah.

Sebelum Jaja berkongsi makanan yang baik untuk kita amalkan bagi mencegah kanser, cuba hayati fakta berikut:

“Tongzhang Zheng, ketua jabatan Sains Kesihatan dan Persekitaran di Institut Kesihatan Awam Yale telah mengutip maklumat pemakanan bagi sejumlah wanita yang mempunyai kanser Limfoma non-Hodgkin dan wanita yang tiada kanser tersebut. Kumpulan kajian tersebut mendapati yang wanita yang mengambil banyak protein haiwam di dalam diet mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser tersebut. Begitu juga jika diet yang tinggi lemak tepu juga akan meningkatkan risiko kanser. Sebaliknya, jika seseorang itu mengamalkan diet yang kaya dengan serat iaitu biasa didapati daripada buah dan sayuran, ia akan merendahkan risiko kanser limfoma tersebut!”

Penemuan ini telah diterbitkan American Journal of Epidemiology, edisi Mac 2004. Menarik bukan?



Kaitan Makanan dan Kanser


Hasil daripada kajian mendakwa bahawa 30 hingga 40% daripada semua jenis kanser boleh dicegah dengan gaya hidup dan diet yang sihat!

Gaya hidup dan diet yang sihat termasuklah cara pemakanan kita. Jadi memang benarlah yang pemakanan yang sihat dapat membantu mencegah kanser. Bukan itu sahaja, Penemuan daripada European Prospective Investigation into Cancer and Nutrition (EPIC) pada tahun 2010 menunjukkan bahawa faktor diet sering kali akan berisiko tinggi untuk menyebabkan seseorang itu menghidapi kanser.

Kesimpulan ringkas, ada makanan yang boleh meningkatkan risiko kanser tetapi ada juga makanan yang merendahkan risiko kanser. Jadi marilah kita buat pilihan yang terbaik, iaitu amalkan makanan yang baik untuk mencegah kanser dan hindari makanan yang tidak baik yang boleh menyebabkan kanser. Jelas kan ;)


3 Jenis Makanan Yang Baik Mencegah Kanser


1. Makanan yang kaya serat daripada buah dan sayuran


Kajian mendapati makanan yang kaya serat dapat membantu mengurangkan risiko kanser. Serat pula biasanya didapati daripada sumber buah dan sayuran. Antara makanan yang kaya dengan serat ialah:

  • Bijirin penuh seperti oat, barli dan jagung.
  • Roti gandum penuh dan pasta
  • Kekacang sepeti kacang hitam dan lentil.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran


2. Makanan yang kaya dengan antioksidan


Antioksidan amat bagus untuk mencegah kerosakan sel dalam badan kita. Makanan yang kaya antioksidan boleh melawan tindakan oksida yang dapat merosakkan sel badan atau mengubah sifat sel seperti dalam penyakit kanser. Sebab itulah, makanan yang kaya dengan antioksidan adalah antara makanan yang baik untuk mencegah kanser.

Sumber antioksidan daripada tumbuh-tumbuhan ada pelbagai, yang dipanggil carotenoid, polifenol atau resveratrol.

Contoh makanan yang kaya dengan kandungan antioksidan ialah dalam teh hijau, sayuran, buah beri, epal, bawang putih, bawang merah dan sayur-sayuran berwarna merah, kuning, oren dan hijau tua.


3. Protein ikan


Kebanyakan kajian mendapati memakan banyak daging merah boleh meninggikan risiko mendapat kanser. Selain itu, memakan daging yang diproses seperti sosej, nugget dan lain-lain adalah satu risiko lain pula yang dapat meninggikan risiko kanser. Jangan makan makanan diproses sangat ya ;)

Sebagai alternatif memilih protein, kita digalakkan memakan daging merah dalam kuantiti yang bersederhana. Selain itu, amalkan daging ikan kerana ia kaya dengan khasiat omega 3 yang bagus untuk fungsi otak, hormone dan system saraf. Omega-3 telah menunjukkan bahawa ia dapat membantu memelihara otot dan fungsinya dalam rawatan kimoterapi serta mengurangkan kesan-kesan keradangan akibat kandungan bahan kimia yang digunakan ketika rawatan itu. Ia juga dikaitkan dengan pencegahan kanser dan terapi anti-ketumbuhan.

Menurut satu kajian pada tahun 2004 yang telah dijalankan boleh para pengkaji di Richerche Institute of Pharmacology mendapati, pengambilan ikan yang tinggi merupakan antara diet yang bagus bagi fungsi imun yang lebih baik.


5 Panduan untuk Pesakit Kanser


Panduan ini Jaja kongsikan daripada laman portal myHealth. Semoga ia menjadi panduan kita juga meskipun kita bukan pesakit kanser :)

  • Makan makanan seimbang dan berkhasiat. Pelbagaikan makanan anda.
  • Makan 5 atau lebih pelbagai hidangan sayur dan buah setiap hari.
  • Pilih karbohidrat kompleks dan bijirin penuh bagi meningkatkan pengambilan serat dalam diet anda.
  • Kurangkan pengambilan lemak dan garam dalam makanan.
  • Pilih makanan yang boleh kekalkan berat badan sihat. Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.


Akhir kata, semoga pembaca semua sihat-sihat belaka di samping keluarga tersayang. Jaja harapkan semoga kita dapat mengubah gaya hidup kita ke arah yang lebih sihat demi kesejahteraan diri kita. Ingat bahawa mencegah itu sentiasa lebih baik daripada merawat :)



Rujukan:





>>> Baca Selanjutnya: Minuman Tambahan Yang Kaya dengan Antioksidan - Vivix


1 ulasan:

Black Walet Produk Kesehatan Kulit Wajah berkata...

Terimakasih atas informasinya dan jangan lupa kunjungi kami di http://idblackwalet.com