Follow Us @bijak.sihat

Kenali Admin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog 😀

Nama saya Zaleha, tetapi boleh panggil Jaja ;)

Dulu, saya ada masalah jerawat batu yang sering muncul tak kira masa. Allah.. sedih sangat masa tu. Kulit juga jadi kasar, banyak parut jerawat dan keyakinan diri turut berkurangan.

Ketika bulan Mac 2016, saya bertekad untuk mengakhiri masalah jerawat batu tersebut. Saya banyak membaca di laman web dan Facebook dan mula mengenali nama Shaklee sebagai syarikat suplemen semulajadi. Ketika itu, banyak testimoni yang saya lihat amat-amat baik kesannya terutama ESP. Jadi, saya hubungi SID Farha Maskuriy untuk buat pembelian ESP sekaligus menjadi ahli Shaklee selepas mengkaji serba-sedikit tentang Shaklee..

Hasilnya? Kulit yang dulunya kering menjadi semakin lembap, cerah dan parut jerawat semakin pudar :) Masalah jerawat batu masih ada sekali-sekala, jadi dari masa ke masa saya mencuba pula produk Shaklee yang lain seperti Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa Complex dan Garlic Complex.

Saya dapati dalaman saya mungkin tidak sihat dan banyak toksin, jadi saya cuba konsisten dengan Alfalfa untuk detoks badan. Saya mula mengubah amalan yang tidak baik dari segi pemakanan dan kebersihan diri.

Kini, walaupun masih belum pulih sepenuhnya daripada masalah jerawat batu yang masih menjengah terutama ketika hampir tempoh period, Alhamdulillah.. keadaannya sudah jauh lebih baik dari dulu. Saya percaya kesannya akan semakin membaik tidak lama lagi. Walaupun mengambil masa sedikit lama, insyaAllah cara ini lebih selamat dan stabil :)

Buat masa ini, saya konsisten dengan ESP,  Vitamin C dan Alfalfa Complex daripada Shaklee. Mungkin lain masa, saya akan add on Garlic Complex kerana ia mengandungi sifat anti-bakteria yang dapat melawan bacteria penyebab jerawat. Saya akan terus berusaha!


Jaja dan Bisnes Shaklee


Pada mulanya, saya banyak mendengar tentang peluang bisnes Shaklee daripada bekas rakan-rakan sekolah melalui Facebook. Saya terkejut juga kerana bisnes ini rupanya mampu membelikan mereka kereta mewah, rumah besar dan percutian 5 bintang ke luar negara! Semuanya too good to be true pada saya masa tu..hehe.

Saya mulakan bisnes ini pada permulaan sebenarnya hanyalah untuk menampung perbelanjaan saya membeli suplemen Shaklee sahaja. Namun, selepas beberapa lama di dalam komuniti bisnes dan dibimbing melakukan bisnes oleh Mentor saya mulai sedar semua peluang yang diberikan Shaklee kepada semua SID mereka. Awesome! Kereta mewah, rumah besar dan percutian 5 bintang? Semua tak mustahil rupanya! Saya telah melihatnya sendiri..

Ketika itu, saya tahu fokus saya terhadap bisnes Shaklee bukan hanya untuk makan suplemen secara percuma tetapi saya mula menanam matlamat untuk menjalankan bisnes ini dengan bersungguh-sungguh. Manakan tidak? Peluang sudah ada di depan mata. Bukan sedikit juga kisah kejayaan yang yang telah saya dengar dan saksikan sendiri. Dan, menariknya mereka yang berjaya itu semuanya bermula dengan menjadi ahli Shaklee bermodalkan kurang dari RM100! Income bulanan mereka pula mencecah 4, 5 dan 6 angka, bulanan ya bukan tahunan! Modal sedikit, tetapi untuk berganda-ganda – memang cukup berbaloi-baloi!


Bisnes suatu Amanah


Saya percaya, sesuatu bisnes itu wujud kerana dapat menyelesaikan masalah pelanggan. Jadi, apabila berbisnes Shaklee, saya selalu percaya saya adalah salah seorang yang diberi amanah untuk menyelesaikan masalah kesihatan pelanggan-pelanggan saya dengan menawarkan suplemen yang bukan sahaja baik dan berkesan, tetapi ia halal, berkualiti dan selamat. Iaitu Shaklee ;)

Apabila pelanggan datang, saya perlu consult mereka dengan betul walau mereka mungkin tak jadi membeli suplemen saya.

Apabila membeli suplemen, saya harap masalah mereka akan dapat diselesaikan sedikit masa lagi.

Apabila pelanggan amalkan suplemen, saya akan sentiasa follow up supaya mereka supaya konsisten dan mula ubah amalan yang tidak bagus yang mungkin mengganggu kesihatan mereka selama ini.

Saya share di Facebook, di blog dan Instagram tentang tips dan info kesihatan supaya masyarakat menjadi alert dengan kesihatan diri masing-masing. Saya happy bila pelanggan happy ;)

Memang ada amanah dalam bisnes ini.

Bukan semata saya, tetapi kerana semua anda..


Pesanan saya, apabila anda membeli produk kesihatan dan kecantikan pastikan anda membeli yang selamat dan berkesan ya! Saya sudah temuinya – Shaklee. Anda?




Salam Sayang,
   
   -cik jaja-

Tiada ulasan: