Follow Us @bijak.sihat

14 Jun 2016

Fakta Tentang Jerawat

10:50 PTG 0 Comments


Masalah jerawat memang memalukan! Apatahlagi kalau ia di muka, betul tak? Bukan saja ia mencacatkan penampilan kita, malah membuatkan kita rasa rendah diri dan hilang keyakinan apabila berhadapan dengan orang. Terasa seperti orang sedang mengejek-ejek wajah kita di dalam hati mereka. Memang sedih jika begitu, ye tak?

Berita baik buat mereka yang bermasalah jerawat!
JERAWAT BOLEH DIRAWAT.

Mungkin ramai yang menarik nafas lega, bukan. Tapi inilah kenyataannya yang jerawat boleh dirawat dan disembuhkan.  Tahniah buat kita!

Sebelum mula mencari penyelesaian untuk masalah jerawat anda masing-masing, apa kata kenali dahulu serba sedikit fakta tentang jerawat ini.


Masalah Jerawat dan Puncanya

Jerawat adalah masalah kulit yang berlaku apabila folikel rambut atau bulu roma kita tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Ia biasa berlaku pada bahagian kulit di muka, leher, dada, belakang badan dan bahu. Jerawat amat mudah dikenali sebagai salah satu yang berikut:
  •         Blackhead / whitehead
  •         Benjolan atau bengkak berwarna merah
  •         Benjolan atau bengkak yang mengandungi nanah di dalamnya
  •         Ketumbuhan (jerawat yang jauh di dalam kulit)

Di bawah lapisan kulit kita terdapat suatu kelenjar sebum (minyak) yang bersambung dengan folikel rambut atau bulu roma. Sebum (minyak) ini adalah suatu bahan semulajadi yang melindungi kulit dan menjadikan ia lembut. Seperti yang kita faham, golongan remaja adalah golongan yang banyak mengalami masalah jerawat. Namun itu tidak bermakna peringkat umur yang lain tidak mengalami masalah ini.

Kronologi Jerawat


Menyebut tentang jerawat di kalangan remaja, semasa peringkat ini kelenjar sebum di bawah kulit akan menghasilkan sebum dengan lebih aktif disebabkan perubahan hormon seseorang itu.  Kehadiran sebum yang banyak memberi kecenderungan untuk liang roma atau liang folikel rambut tersumbat. Sumbatan ini jika terlindung oleh lapisan kulit yang nipis akan membentuk ‘whitehead’.  Sebaliknya, jika sumbatan sebum tersebut terdedah kepada udara, ia akan teroksida membentuk ‘blackhead’. Lama-kelamaan, sumbatan pada liang roma semakin besar, yang menyebabkan terjadinya benjolan. Benjolan mungkin pecah di bawah kulit dan membenarkan benda asing dan bakteria kulit masuk ke dalam bahagian kulit yang lebih dalam sehinga menyebabkan keradangan. Keradangan di permukaan kulit akan membentuk benjolan yang mengalami nanah disebabkan tindakan imunisasi dalam badan.  Bagi keradangan yang berlaku lebih jauh di dalam kulit, ia akan membentuk pula ketumbuhan (cysts).


3 Perkara yang tidak mempengaruhi Jerawat

Kita takut memakan kacang tanah goreng, kita takut memakan makanan yang pedas dan berminyak, kita menyalahkan stress sebagai punca jerawat dan kita menyangka kita belum cukup membersihkan wajah dengan sempurna!

Baca selanjutnya jika anda benci pantang-larang dan cakap-cakap yang mungkin tidak ada asasnya ini.

Menurut MedicineNet.Com, 3 perkara berikut tidak semestinya memainkan peranan dalam terjadinya masalah jerawat:

1.      Makanan    
S    Setakat ini, belum ada kajian yang dapat membuktikan bahawa makanan menjadi salah satu punca jerawat.
 
2.       Kekotoran
‘Blackhead’ bukan kekotoran, tetapi ialah sebum yang telah dioksidakan; membasuh muka atau kulit yang berjerawat secara berlebihan bahkan tidak membantu mengurangkan symptom jerawat sebaliknya menjadikan kulit kering dan merengsa. Peluh pula bukan kotoran yang menyebabkan jerawat kerana kelenjar peluh dan kelenjar sebum adalah kelenjar yang berbeza sekali.
 
3.       Tekanan / Stres
Secara am, stres bukan penyebab jerawat secara terus.


Perkara yang menggalakkan Masalah Jerawat

Tidak dinafikan terdapat faktor-faktor yang menggalakkan jerawat atau menjadikan masalah ini lebih teruk.  Antara faktor-faktor yang mungkin menyumbang ialah: 

1.       Keturunan
      Dikatakan jika salah seorang dari ibubapa pernah mengalami masalah jerawat yang kronik, masalah jerawat seseorang itu akan lebi susah dikawal.
 
2.       Tekanan pada kulit
Ada sesetengah kes, jerawat terjadi apabila bahagian kulit tersebut mengalami tekanan seperti semasa memakai topi keledar, memakai kolar baju yang ketat dan lain-lain.
 
3.       Dadah gunaan
Sesetengah pengambilan ubat dan steroid dapat memburukkan keadaan jerawat.
 
4.       Suasana pekerjaan
Bergantung kepada pekerjaan, terdedah kepada penghasilan produk industri mungkin menyebabkan jerawat terjadi.
 
5.       Penggunaan komestik
Sifat sesetengah kosmetik dan produk jagaan kulit  ada yang menutup liang pori kulit.  Oleh itu, kandungan kosmetik yang bersifat air (water based adalah digalakkan kepada individu yang mempunyai masalah jerawat. Pemilihan kosmetik yang salah akan memburukkan lagi keadaan, jadi berhati-hatilah – pastikan kandungan produk.

Apabila mendalami serba-sedikit fakta tentang jerawat ini, anda sepatutnya kini semakin jelas akan punca utama dan mencernakan punca-punca sampingan yang lain. Mencari penyelesaian untuk masalah jerawat ini pastinya lebih mudah apabila kita jelas tentang fakta sebenar. 


Nantikan dan semak artikel seterusnya tentang penyelesaian yang ideal tentang masalah jerawat ini, semestinya dengan cara yang selamat dan sihat J

10 Jun 2016

Pentingkah Makanan Tambahan @ Vitamin?

10:35 PG 0 Comments
Ada pepatah menyebut, “Kita adalah apa yang kita makan.”. Nabi Muhammad saw pula ada menyebut segala penyakit bermula dari perut. Memang benar.. MAKANAN dan PEMAKANAN adalah kunci utama kepada tahap kesihatan kita. Penjagaan kesihatan yang baik termasuklah menjaga pemakanan, selalu bersenam dan menguruskan stres dengan baik.

Pengambilan makanan atau nutrisi seseorang mestilah seimbang sebagaimana yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui panduan Piramid Makanan. Hal ini supaya kita dapat memperoleh manfaat dan zat sepatutnya daripada makanan seharian demi mengekalkan tahap kesihatan yang baik tersebut.

Ihsan KKM


Persoalannya, pada zaman teknologi dan global ini, dapatkah kita mengekalkan pengambilan nutrisi yang sihat seperti cadangan? Juga menjamin bahawa kita telah memperoleh zat yang sepatutnya daripada apa yang kita makan?

Ya. Tidak dinafikan kita menghadapi cabaran kekurangan zat dan nutrien yang diperlukan badan, sekalipun kita mematuhi nisbah makanan yang tepat seperti cadangan Piramid Makanan.  Antara cabaran-cabaran tersebut ialah:

  •             Pengambilan makanan yang tinggi lemak dan rendah nutrient disebabkan cara memasak atau gaya hidup makan di luar
  •             Lambakan restoren dan menu makanan segera yang kurang berkhasiat.
  •            Genetik makanan mentah seperti buah dan sayuran yang sudah diubahsuai (GMO)
  •             Suntikan hormone pada haiwan seperti ayam yang mungkin bertoksid kepada kita
  •             Makanan dalam tin, kurang zat dan mempunyai bahan tambah makanan tertentu yang mungkin memudaratkan kesihatan
  •             Makanan yang diproses – kurang zat dan mempunyai bahan tambah makanan yang tidak baik untuk kesihatan


Kekurangan nutrien daripada pemakanan seharian disumbang juga apabila sesetengah daripada kita yang tidak mematuhi Piramid Makanan. Sebagai contoh, tidak memakan sayur dan buah-buahan kerana tidak menggemarinya. Suatu statistic menunjukkan yang 73% orang Malaysia tidak memakan banyak buah dan sayur seperti yang sepatutnya demi kesihatan mereka masing-masing.



Tidak cukup dengan kekurangan nutrien akibat pemakanan kita yang tidak seimbang seperti di atas, cabaran semasa akibat kepesatan gaya hidup juga menyumbang lagi kea rah masalah kekurangan ini. Ramai individu yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat dengan jarang bersenam, makan tidak menentu dan lain-lain yang antara sedar dengan tidak boleh menggangu-gugat kesihatan diri. Di antara gaya hidup yang dilihat sebagai cabaran mengekalkan kesihatan tubuh badan ialah:
  •          Terdedah kepada tekanan seperti semasa di tempat kerja
  •          Terdedah kepada toksin, tidak kira persekitaran di tempat kerja atau kawasan rumah sendiri
  •          Kurang bersenam
  •          Jadual tidur yang tidak menentu
  •          Penggunaan tembakau seperti rokok
  •          Pengambilan alkohol

Kita tidak mungkin dapat menjadikan cabaran-cabaran ini hilang dan sifar sama sekali. Jadi apakah penyelesaian terbaik mengatasi masalah kekurangan zat dan nutrient di dalam tubuh badan kita? Dengan suatu tujuan untuk mencapai tahap kesihatan yang sentiasa baik?

Ya, dengan mengambil makanan tambahan atau vitamin! Dengan itu barulah kita tidak risau lagi dengan masalah kekurangan nutrient di samping pemakanan seharian kita. Kita secara spesifik, telah dapat menjaga kesihatan dengan baik dan lebih teliti.


Sebab itulah suplemen itu penting!

Kebaikan & Kelebihan Collagen Powder Shaklee

6:23 PG 0 Comments

Kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat di dalam badan kita. Bahkan ia menyumbang 75% berat dalam tahap kulit yang sihat.

Pentingkah kolagen? Ya!

Kolagen yang semakin berkurangan dalam tubuh akan menyebabkan terjadinya kedutan, juga tanda-tanda penuaan yang lain seperti:
  •      Kulit kering, berkedut atau melayut
  •      Kuku rapuh dan tidak kukuh
  •      Rambut halus dan gugur

Semakin meningkat usia, kita sebenarnya mengalami pengurangan kolagen di dalam badan. Jadi tanda-tanda penuaan semakin jelas dan nyata! Bagaimana menyelesaikan masalah kekurangan kolagen ini? Sekaligus dapat mengekalkan wajah awet muda dan mempunyai kulit mulus. Justeru, Shaklee menawarkan suplemen Collagen Powder supaya kita dapat mengekalkan kolagen di dalam badan yang sentiasa mencukupi.

Antara faedah yang diperoleh apabila mempunyai bekalan kolagen mencukupi di dalam badan ialah seperti berikut:
  • Menyegarkan semula kulit
  •  Mengurangkan kemunculan garis-garis halus
  •  Mengurangkan kedutan
  •  Menguatkan kuku
  • Meyuburkan rambut
  • Menghindar tulang lemah
  •  Menghindar kekakuan sendi

Shaklee Collagen Powder


Shaklee Collagen Powder

Ia mengandungi 4000 mg kolagen daripada sisik ikan merah yang berkualiti tinggi dan tulen. 7 bahan utama rumusan ini termasuklah:
  • 1.       Ekstrak biji benih Camelia Japonica
  • 2.       Ekstrak Ptaffia
  • 3.       Kolagen ikan
  • 4.       Ekstrak kerang-kerangan
  • 5.       Lactobacillus acidophilus
  • 6.       Vitamin C
  • 7.       Vitamin B

Sebaik-baik suplemen adalah yang mampu diserap oleh tubuh kita seoptimum yang mungkin. Oleh itu, Collagen Powder direka supaya mempunyai molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton. Maka kolagen lebih mudah diserap oleh badan, dengan ini dapat membantu semaksimum mungkin proses pembinaan kolagen pada lapisan kulit kita dengan sangat berkesan.

Serapan Shaklee Collagen Powder berbanding produk Kolagen lain


Faedah Pengambilan Kolagen

Bukan hanya demi kecantikan dan kesihatan kulit, kolagen yang mencukupi di dalam badan memberi banyak kebaikan lain. Antara faedah dan kesan memiliki kolagen tubuh yang mencukupi ialah:

1    1.     Kesan anti-penuaan
Mengurang saiz liang pori, kedutan dan garis-garis halus.
 
2.       Menghidrat
Melembap kulit supaya tidak kering dan mengelupas.
 
3.       Menganjal kulit
Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
 
4.       Melicinkan
Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit,
 
5.       Menyubur
Menggalakkan kuku yang kuat dan rambut yang lebat serta bersinar.
 
6.       Mencerah
Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan kulit.
 
7.       Menegang
Membantu menegang dan menganjalkan payudara.
 
8.       Menguat
Menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang. Juga mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.

Terbukti berkesan!

Carta palang menunjukkan kesan pemulihan struktur kulit wajah dan penghilangan kedutan dalam tempoh 8 minggu menggunakan Collagen Powder.




Anda nak cantik dan awet muda dengan Shaklee Collagen Powder? Boleh KLIK DI SINI J