Follow Us @bijak.sihat

17 November 2017

Cara Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi Tanpa Laser

10:14 PG 0 Comments

Cara Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi Tanpa Laser


Berbeza kan penampilan wajah tanpa parut jerawat?

Kita tidak suka akan jerawat! Setiapkali ia surut dan sembuh pasti kita akan segera lupa padanya. Malangnya, kulit kita tidak begitu melupakan jerawat. Parut jerawat akan tertinggal pada kulit yang menghasilkan satu lagi masalah kulit wajah. Tak flawless orang kata 😂

Maka, cara hilangkan parut  jerawat adalah agenda yang amat penting lagi-lagi kepada wanita. Lelaki? Pun apa kurangnya, pasti dalan senyap-senyap tercari-cari juga tips cara menghilangkan parut jerawat. Betul tak?

Kehadiran parut jerawat menjadikan penampilan wajah seseorang tidak menarik dan kelihatan tidak bersih. Keyakinan diri juga boleh menurun akibat perasaan malu.

Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi parut jerawat di wajah?

13 November 2017

Cara Buat Bisnes Shaklee Online Pengedar Shaklee Semanggol

11:49 PTG 2 Comments

Cara Buat Bisnes Shaklee Online



Mahu buat bisnes Shaklee secara online?

Tahniah, anda mungkin memilih antara bisnes masa kini yang sangat bagus iaitu Shaklee!


3 Langkah untuk Melakukan Bisnes Shaklee Online

1. Pilih mentor anda

Mentor atau upline adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan dan membimbing anda tentang cara buat bisnes Shaklee ini. Mereka juga akan mendaftarkan keahlian anda.

Nasihat Jaja, pilih mentor yang komited dan ikhlas membantu anda untuk langkah pertama ini. Mungkin SID (Shaklee Independent Distributor) yang anda kenali adalah calon mentor yang bagus, namun tidak semestinya SID yang anda tidak pernah kenal ialah calon yang tidak bagus.
Anda nilaikan sendiri, kerana anda perlu bantuan mentor yang betul untuk berjaya di dalam bisnes ini!

12 November 2017

Cara Berkesan Hilangkan Jeragat di Muka

12:15 PG 2 Comments

Cara Berkesan Hilangkan Jeragat di Muka


Indah dan cerahnya wajah kalau ia bebas dari masalah jerawat dan jeragat, setuju kan?
Jika jerawat ada penyelesaiannya, pasti ada penyelesaian untuk hilangkan jeragat juga! Paling utama, pastilah nak hilangkan jeragat di muka. Jeragat di badan mungkin boleh tunggu, tapi kalau di muka ia memang boleh rosakkan penampilan kita!



Punca Jeragat


Freckles atau jeragat ini ialah kumpulan struktur pada kulit yang berwarna keperangan. Ia mengandungi pigmen melanin yang menjadikan ia kelihatan sedikit gelap daripada tona kulit kita yang asal. Jeragat tidak sakit dan tidak tertonjol keluar sebaliknya ia sama rata dengan permukaan kulit kita yang normal.

Apa punca jeragat terbentuk? Ia adalah kerana sinaran matahari.

Sel melanocytes pada kulit kita bertindak menghasilkan melanin dengan tujuan untuk melindungi kulit kita daripada sinaran UV matahari yang berbahaya. Penghasilan melanin akan semakin galak apabila kulit kita terdedah kepada cahaya matahari kerana melindunginya. Pengumpulan melanin pada lapisan kulit inilah yang dipanggil jeragat.


5 Cara Berkesan Hilangkan Jeragat


1. Gunakan Pelindung UV

Akademi Dermatologi Amerika mencadangkan 3 tips berkaitan ini, iaitu:
Gunakan pelindung UV yang mempunyai kuasa SPF 30 ke atas
Sapu pelindung UV pada sekurang-kurangnya 15 minit sebelum anda keluar dari rumah
Sapu semula pelindung UV setiap 2 jam atau dengan segera selepas kita berenang atau berpeluh kuat.
Walau bagaimanapun, pelindung UV sebenarnya hanya berkesan untuk mengelakkan kehadiran jeragat baru. Ia tidak berkesan menghilangkan jeragat yang lama.

2. Rawatan Laser

Sinar laser digunakan untuk merawat sel kulit yang berkenaan. Dalam satu kajian pada 2015, didapati rawatan laser telah berjaya memudarkan 50 peratus jeragat daripada 62 peratus individu yang menerima rawatan.

Terdapat kesan sampingan yang berlaku contohnya kulit gatal, bengkak, kemerahan, berkuping, mengelupas, jangkitan atau perubahan warna kulit. Kos rawatan pula sememangnya mahal. Jika di Malaysia, rawatan laser mencecah ratusan hingga ribuan ringgit.

3. Cryiosurgery

Rawatan ini menggunakan cecair penyejuk seperti nitrogen untuk membekukan dan memusnahkan sel kulit yang tidak normal. Ia selamat tetapi memakan masa untuk pulih. Antara kesan sampingan kaedah ini ialah pendarahan, melecet dan hipo-pigmentasi.

4. Krim Pencerah / Pemudar

Krim pencerah atau pemutih ini mudah didapati di dalam pasaran. Namun, berhati-hatilah dengan kandungan yang terdapat di dalam krim anda. Salah satu bahan yang biasa digunakan ialah hidrokuinon. Ia bertindak merencatkan penghasilan melanin oleh sel melanocytes. Akibatnya sel kulit kita hilang pelindungan secara total daripada sinaran UV yang berbahaya. Jadi, ada kajian-kajian yang mengatakan penggunaan hidrokuinon boleh menyebabkan risiko kanser kulit.


5. Krim Retinoid

Bahan aktif krim retinoid ialah Vitamin A. Vitamin A dikatakan memberikan perlindungan daripada sinaran UVB dengan cara menyerapnya. Secara tak langsung, ia dapat mengelak jeragat baru daripada terbentuk.


6. Bahan Pengelupas Kimia

Tentu anda pernah lihat krim bertulis exfoliate atau peeling di pasaran? Inilah dia. I abertindak untuk mengelupas sel kulit di kawasan yang terjejas dengan jeragat mahupun sel kulit mati. Apabila bahan ini berjaya membuang sel kulit rosak, jadi sel kulit baru akan tumbuh menggantikannya.

7. Petua / Bahan Semulajadi

Ada banyak petua menghilangkan jeragat dengan menggunakan bahan semulajadi di sekitar kita. Antara petua tersebut ialah boleh gunakan jus lemon, madu, susu mentega, yogurt dan bawang.
Menggunakan bahan semulajadi mungkin selamat tetapi ia bergantung juga kepada kesesuaian kulit seseorang itu. Jika ada sebarang kesan merengsa, elok sangatlah menghentikan saja usaha anda ya :)

8. Suplemen

Pengambilan suplemen yang betul dan berkhasiat serta bertepatan dengan masalah jeragat pasti akan membantu untuk menghilangkan jeragat. Bertindaklah bijak dengan memilih suplemen yang betul dan selamat untuk diri anda.


Jeragat – Pulihkan dan Jangan Berulang lagi!


Sememangnya mengelakkan jeragat jauh lebih efektif daripada merawatnya. Antara kaedah mengelakkan penghasilan jeragat yang lebih banyak ialah seperti berikut:


  1. Jangan lupa gunakan krim pelindung UV setiapkali keluar rumah
  2. Gunakan pelindung wajah seperti topi
  3. Lindungi kulit daripadan sinaran UV dengan pakaian yang sempurna – berlengan panjang, berseluar panjang dan lain-lain (Untungnya lelaki dan wanita Islam yang diwajibkan menutup aurat ketika keluar rumah).
  4. Elakkan aktiviti luar ketika matahari panas terik antara 10 pagi ke 4 petang
  5. Gunakan payung ketika keluar rumah.
  6. Lakukan peeling sekali-sekala



Suplemen Shaklee untuk Menghilangkan Jeragat


Di sini, Jaja ingin memperkenalkan suplemen Shaklee yang dapat membantu dalam menghilangkan jeragat. Selain mengamalkan tips mencegah jeragat di atas, anda boleh berusaha untuk menghilangkan jeragat dengan suplemen ini, insyaAllah.

Suplemen yang Jaja maksudkan tersebut ialah Sustained Release Vita-C Plus.


Sebiji tablet Vitamin C daripada Shaklee ini membekalkan khasiat selama 5 jam di dalam darah kerana ia dilengkapi dengan teknologi pelepasan berperingkat. Jadi, penyerapan zat vitamin C adalah optimum tanpa dibazirkan.

Antara khasiat Vitamin C untuk membantu menghilangkan jeragat ialah ia dapat mencerahkan kulit dan memudarkan pigmentasi seperti jeragat sebaik kesan hidrokuinon, tapi ia lebih baik kerana tanpa sebarang kesan merengsa (irritation).

Amalkan vitamin C yang semulajadi, berkesan dan selamat ini untuk masalah jeragat yang sedang anda hadapi. Jaja tidak janjikan anda hasil yang super pantas kerana kesannya bergantung kepada individu masing-masing – ada yang cepat, ada yang lambat kesannya. Tapi, suplemen ini telah membantu ramai pengguna di luar sana tentang masalah kulit mereka seperti jeragat.

Testimoni




Ingin Mencuba Vitamin C Shaklee?

Klik sahaja button di bawah jika anda berminat untuk membeli suplemen ini. Jaja doakan semoga anda yang sedang bermasalah akan dapat menghilangkan jeragat yang sedang dihadapi. Jangan sedih-sedih ya - berusaha segera selesaikan masalah wajah anda selagi termampu!

SILA KLIK UNTUK MEMBELI


Oh ya, sebarang pertanyaan tentang suplemen ini, just feel free untuk hubungi Jaja. Klik untuk Whats App segera.


Rujukan:


  1. WebMD
  2. Healthline


08 November 2017

Review: Produk Menghilangkan Jerawat Pasir daripada Shaklee

12:38 PTG 3 Comments
Jerawat pasir, walaupun ia tidak begitu jelas kelihatan di kulit wajah atau badan, namun kehadirannya tetap mencacatkan penampilan kulit kita. Ia biasa muncul dengan banyak dan menyebabkan permukaan kulit menjadi kasar. Bagaimana cara untuk menghilangkan jerawat pasir ini?

Jerawat pasir


Punca: Mengapa Jerawat Pasir Terjadi?


Jerawat pasir, atau dalam istilah sainsnya dipanggil sebagai papules adalah bintilan kecil dan halus pada kulit.Mengikut laman Live Strong, jerawat pasir terjadi kerana keradangan berlaku pada folikel rambut atau bulu roma di permukaan kulit kita. Mengikut laman Healthline pula, papules atau jerawat pasir berlaku kerana keradangan pada liang roma, menyebabkan permukaan menjadi bintil kecil yang keras dan tersumbat liangnya.

Keradangan ini boleh jadi kerana beberapa perkara berikut:

  • Haba
  • Kesan Pengambilan Ubat tertentu
  • Berpeluh
  • Geseran pada kulit
  • Genetik

Sekali nampak, jerawat pasir mungkin seperti ruam.

Pendapat dan cadangan kebanyakan ahli dermatologi tidak menggalakkan kita untuk memicit jerawat pasir. Ini kerana, jerawat pasir adalah jenis jerawat yang mengalami keradangan. Maka, bintil jerawat pasir mengandungi sel darah putih yang bertindak melawan bakteria atau benda asing yang mengganggu tisu kulit. Apabila kita memicit jerawat pasir, ia mungkin mengandungi nanah dan sebum yang menunjukkan tindakan sel darah putih tersebut. Apa yang terjadi ialah kita telah mengganggu proses pemulihan yang dilakukan sel darah putih. Bahkan, jangkitan yang lebih serius boleh berlaku dan menyebabkan keradangan jerawat dengan lebih serius, malah berisiko meninggalkan parut jerawat degil.

Jadi, tindakan memicit bukanlah tindakan yang bijak untuk menghilangkan jerawat pasir anda!
Apa yang boleh anda lakukan supaya jerawat pasir menghilang?


Produk Shaklee untuk Menghilangkan Jerawat Pasir


Kali ini, Jaja di Bijak Sihat ingin memperkenalkan kepada anda tentang Set Menghilangkan Jerawat Pasir.

Mengamalkan suplemen yang betul dan semulajadi amat penting untuk sebarang masalah yang berkaitan dengannya. Bagi menghilangkan jerawat pasir, beberapa produk Shaklee ini adalah yang terbaik.

1. Vitalea (RM99.38 untuk 120 tablet)

Multivitamin dan multimineral Shaklee yang diberi nama Vitalea ini diperkaya dengan pelbagai zat termasuklah mineral Zink. Zink telah dibuktikan efektif untuk merawat jerawat kerana ia meningkatkan system imun badan dan memiliki sifat anti-keradangan yang akan membantu untuk melawan jangkitan.


2. Sustained Released Vita C Plus (RM103.35 untuk 180 tablet)

Vitamin C adalah vitamin yang boleh meningkatkan system imun badan. Selain itu, untuk tujuan menghilangkan jerawat pasir, Vitamin C akan bertindak untuk mengawal rembesan sebum kulit yang berlebihan. Seterusnya, kemungkinan untuk jerawat muncul adalah kurang kerana kandungan minyak (sebum) pada kulit adalah memadai dan tidak menyumbat liang roma.


3. Garlic Complex (RM59.63 untuk 60 tablet)

Kandungan istimewa di dalam bawang putih (garlic) ialah alisin. Bahan ini mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-kulat. Keradangan kulit seperti berlakunya jerawat pasir dapat dielakkan dengan pengambilan Garlic Complex ini kerana ia mengurangkan kelompok bacteria pada kulit.

4. ESP (RM170.93 untuk 850 gram)

Biasanya jerawat pasir tidak meninggalkan parut apabila ia hilang, namun jika ia meninggalkan parut adalah lebih baik untuk mengambil ESP bersama-sama.
ESP ialah protein soya yang amat bagus untuk membekalkan protein tanpa lemak dan tanpa kolesterol untuk badan kita. Dalam tujuan menghilangkan jerawat pasir, ESP dapat membantu untuk menghilangkan parut kesan daripada pemulihan keradangan. 
Selain itu, ESP akan memberi tekstur lembut dan halus kepada kulit. Memiliki kulit yang lembut, anjal dan bebas parut jerawat semestinya adalah perkara yang terbaik selepas episod duka anda menanganinya. Alang-alang merawat kulit, biarlah sehingga benar-benar puas hati. Betul kan?

Bagaimana untuk Dapatkan Set Ini?

Set Jerawat Pasir Shaklee ini bernilai RM 433.29 tidak termasuk pos.

Anda boleh membeli set ini dengan hanya klik button di bawah.




Eh, nanti dulu!

Ingin dapatkan Set ini dengan harga yang lebih murah? Iaitu RM433.29  RM346.62 sahaja! Tawaran ini akan tamat sehingga 30 November 2017 ini. Hubungilah Jaja untuk tawaran istimewa ini. Bagaimana caranya?

Hantarkan sms / whats app: " OFFER SET JERAWAT PASIR " ke 011-3619 8300 sekarang juga!



Anda boleh menghubungi Jaja untuk sebarang nasihat, perbincangan dan cadangan vitamin yang paling sesuai untuk masalah jerawat pasir anda. Sila klik untuk hubungi Jaja terus melalui whats app.


Tips Lain untuk Mengelakkan Jerawat Pasir


Selain mengamalkan suplemen untuk menghilangkan jerawat pasir secara dalaman, kita juga dapat mengamalkan beberapa tips ini supaya mengelakkan jerawat pasir daripada berulang.


1. Bersihkan Wajah

Bersihkan wajah dengan baik minimum 2 kali sehari supaya ia terhindar daripada kotoran dan minyak yang boleh menyumbat liang roma. Elakkan juga memegang wajah dengan tangan yang tidak bersih untuk mengurangkan risiko pencemaran.

2. Elak haba yang terlalu panas

Haba adalah salah satu penyebab jerawat pasir. Jadi, elakkan terdedah kepada haba yang berpanjangan. Gunakan krim SPF jika perlu. Pakailah pakaian yang menyerap peluh dan tidak panas.


3. Pek Suam

Letakkan tuala bersih yang telah direndam dalam air suam dan diperah pada permukaan kulit yang ada jerawat pasir. Ia dapat membantu untuk merawat kemerahan dan keradangan pada kulit.


4. Skrub wajah

Ia boleh dilakukan minima 2 kali seminggu. Skrub wajah dapat membantu untuk membuang sel kulit mati pada kulit. Ini mengurangkan kemungkinan liang roma akan tersumbat dengan kotoran sel kulit mati.

05 November 2017

Minum Teh Pun Boleh Jadi Cara Hilangkan Jerawat?

8:53 PG 0 Comments

Teh Bukan Sebarang Teh


Minum teh mampu menghilangkan jerawat

Terbongkar, minum teh boleh jadi cara hilangkan jerawat tau! Ha, jangan tak tahu yang rupa-rupanya amalan meminum teh hijau mempunyai khasiat untuk kesihatan kulit dan membantu dalam masalah jerawat juga.

Teh hijau didapati daripada daun tanaman teh (Camellia sinensis) yang dikeringkan atau dipanaskan  dengan tujuan supaya dapat mengekalkan kandungan khasiatnya.

Pokok teh

Berbanding dengan teh hitam yang selalu kita dapati di dalam uncang segera atau serbuk di pasaran, teh hijau lebih ori dan berbau sedikit kuat. Sebab itu, tak semua orang yang suka kepada teh hijau berbanding teh hitam. Walau bagaimanapun, kedua-dua teh ini mempunyai khasiat masing-masing yang tersendiri.Teh hijau kaya dengan antioksidan manakala teh hijau pula lebih kaya dengan kafein.

Perasan tak, banyak juga produk kecantikan dan penjagaan muka yang menggunakan ekstrak teh hijau? Antaranya seperti di bawah ini:

02 November 2017

4 Cara Mengecutkan Jerawat Yang Berkesan dan Selamat

1:41 PG 0 Comments
Jerawat, kalau dia muncul ada yang kecil-kecil je tapi ada juga yang besar-besar macam jerawat batu. Tekan sikit je rasa pedih dah. Warnanya merah-merah dan terbonjol je...huu. Keyakinan diri mulalah drop kan, keluar rumah pun segan. Huu..

Jadi, Jaja nak share pasal cara mengecutkan jerawat dengan anda semua kali ini. Ia berdasarkan info yang Jaja baca di website Healthline – suatu web yang bagus sebab memberikan kita info yang bertepatan dengan kedoktoran, ia ada HONcode ;)


Jerawat dan Keradangan



Anda tentu perasan yang kadangkala, memang jerawat yang timbul menjadi merah-merah dan bengkak. Ya, yang kita rasa pedih bila menyentuhnya itulah!

Simptom ini dipanggil keradangan.

Radang ni bukanlah tidak bagus. Ia adalah tindakbalas badan kita terhadap bahan yang boleh memudaratkan system badan iaitu mungkin akibat serangan bacteria, bahan kimia dan makanan yang kita alergi.

Dalam kes jerawat, bengkak dan merah-merah kerana keradangan tersebut adalah kerana sel badan kita bertindakbalas untuk menangani serangan bahan berbahaya tersebut. Lebih banyak sel darah putih iaitu sel yang terlibat dalam pertahanan badan dibawa ke tempat serangan. Apabila serangan berbahaya dapat ditewaskan, maka keradangan pada jerawat tersebut akan pulih – bengkak menjadi surut, tanda kemerahan menjadi pudar dan tempat jerawat akan sembuh dan kecut.

Jelas kan?                                                         

Walau bagaimanapun, meski pun kita tahu keradangan bengkak jerawat tu disebabkan oleh ‘pertempuran’ sel badan dengan musuhnya, seriously muka yang naik jerawat tu tetap tak menyenangkan.. betul tak ;)

Pastilah cepat-cepat kita nak jerawat tu surut ye tak. Sudah tu tinggalkan kesan parut pula, lagilah kita rasa down. Isy!


4 Cara mengecutkan jerawat


Nak kecutkan jerawat, semestinya ia akan melibatkan kesan pemulihan yang pantas. Persoalannya boleh ke?

Berita baiknya, ye boleh. Kita memang boleh mengecutkan jerawat dengan cara yang lebih cepat! 
Jom Jaja kongsikan.


1. Jaga pemakanan Anda

Pertama-tama, pemakanan kita sangat penting untuk mengawal keradangan jerawat jadi makin parah. Jadi, untuk mengecutkan jerawat kita patutlah mencegahnya daripada menjadi lebih teruk ya. Bila bengkak jerawat tu jadi terkawal, maka lebih mudah untuk kita kecutkan jerawat sedia ada tu ;)

Antara pelbagai makanan, ada jenis makanan yang akan menyebabkan keradangan menjadi lebih teruk. Sebab itulah kena jaga pemakanan dahulu. Antara makanan yang menyebabkan keradangan jerawat semakin parah ialah:


  1. Produk Tenusu daripada lembu terutama yang telah diproses
  2. Gula: ia menyebabkan kandungan gula naik mendadak di dalam darah dan akan menyebabkan keradangan jerawat yang berpanjangan
  3. Minyak sayuran seperti minyak jagung, bunga matahari, dan minyak soya
  4. Lemak trans: ia biasanya terdapat dalam makan segera dan diproses seperti makanan segera, goreng-gorengan, marjerin dan produk bakeri
  5. Perisa, perasa dan pengawet dalam makanan
  6. Tepung putih dan tepung halus
  7. Daging diproses kerana mengandungi nitrit, nitrat dan pengawet lainnya
  8. Daging yang diternak dengan suntikan hormone, antibiotic dan lemak omega 6

Banyak juga kan?

Betul, kena elakkan semua ni sebab ia akan sebabkan jerawat kita tu makin membengkak nanti. At least, berpantang sekejap sementara jerawat tengah naik subur tu ya.


2. Amalkan makanan yang bagus untuk masalah jerawat dan anti keradangan


Jika ada makanan yang menjadikan jerawat makin bengkak, lambat surut dan lambat pulih, maka ada juga makanan yang dapat membantu kita untuk mengecutkan jerawat. Yay!

Ini antaranya:

1. Buahan Beri
Antara buahan beri ialah seperti strawberi, blueberry, raspberry dan blackberry. Buahan jenis ini sangat kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Ia juga kaya antioksidan yang dipanggil anthicyanin, yang dapat mengurangkan keradangan dan meningkatkan keimunan badan.


2. Minyak Ikan

Minyak ikan adalah sumber protein bagus yang kaya dengan lemak omega 3, EPA dan DHA. Sumber minyak ikan terbaik dapat diperoleh daripada ikan salmon, sardine, tuna dan ikan bilis.
Kandungan EPA dan DHA inilah yang berperanan dalam mengurangkan keradangan.


3. Tomato

Ia kaya dengan vitamin C, kalium dan lycopene iaitu suatu antioksidan dengan sifat anti keradangan yang hebat.


4. Anggur

Anggur kaya dengan anthocyanins yang dapat mengurangkan keradangan. Ia juga salah satu sumber resveratrol iaitu satu lagi bahan yang banyak manfaatnya terhadap kesihatan kita.


Sebenarnya banyak lagi bahan makanan yan g mempunyai sifat anti keradangan ini, Cuma di sini Jaja sebutkan 4 sahaja sebagai contoh.


3. Amalkan Suplemen yang Membantu Mengecutkan Jerawat


Shaklee, sebuah syarikat suplemen yang sudah mencapai ulang tahun ke-100 mempunyai beberapa suplemen yang boleh diamalkan untuk membantu mengecutkan jerawat ini. Mereka ialah:


a) Omega Guard (RM 59.63 - 60 biji)



Kandungan Omega Guard adalah sofgel minyak ikan. Ia kaya omega 3, DHA dan EPA. Ia akan dapat membantu untuk melegakan keradangan dan mengecutkan jerawat dengan lebih cepat!


b) Vitamin E Complex (RM 165.63 - 120 sofgel)

Vitamin E ini diekstrak daripada buah anggur. Buah anggur amat kaya dengan antioksidan dan bahan anti-radang iaitu resveratrol, jadi jerawat lebih cepat kecut.


c) Garlic Complex (RM 59.63 - 60 tablet)


Sifat bawang putih adalah anti-radang, anti-virus dan anti-kulat. Apabila diamalkan, ia dapat mengawal bacteria jerawat pada kulit. Koloni bacteria jerawat yang tidak terkawal pada kulit bukan saja menyebabkan jerawat asyik singgah tetapi ia juga menggalakkan keradangan jerawat yang lebih teruk dan semestinya akan lambat pulih.


d) Sustained Release Vita-C Plus (RM 103.35 - 180 tablet)

Kandungan Vitamin C di dalam setiap tablet suplemen ini amat-amat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan kita. Apabila ketahanan badan tinggi, keupayaan sel terhadap radikel bebas juga meningkat. Kejadian jerawat akan semakin berkurangan dan jerawat yang ada akan kecut lebih cepat.


e) ESP (RM170.93 - 850 gram)


ESP adalah protein tumbuhan daripada kacang soya non-GMO. Kelebihan protein tumbuhan berbanding protein haiwan ialah ia bebas lemak dan kolesterol, maka khasiat yang didapati adalah semata protein.

Dalam kes mengecutkan jerawat, meminum ESP dapat membantu sel badan kita untuk berfungsi, tumbuh dan berganti dengan baik. Sel lama yang mati akan digantikan dengan sel baru kerana bekalan protein badan yang mencukupi. Proses gantian sel menjadi lebih giat, maka begitu juga proses pemulihan jerawat. Jerawat akan cepat kecut. Bukan itu sahaja, parut bekas jerawat juga akan semakin pudar kerana gantian sel yang giat ini.


>>Ingin membeli item-item ini? Boleh klik button di bawah<<

4. Jaga kebersihan kulit

Liang pori yang tersumbat pada kulit akan menyebabkan jerawat. Ia akan menjadi bengkak dan kemerahan (radang) jika kebersihan pada kulit tersebut diabaikan akibat bacteria jerawat yang selesa menghuni persekitaran tersebut. Maka jagalah kebersihan kulit kita terutama di wajah yang sangat mudah disinggahi jerawat.

Antara tips penjagaan kebersihan kulit ialah:

  • Mencuci wajah dengan bersih sekurang-kurangnya 2 kali sehari
  • Membersihkan mekap dengan sempurna setiapkali memakainya
  • Lakukan skrub wajah supaya menanggalkan sel kulit mati dan kotoran pada kulit
  • Jangan memegang kulit wajah dengan tangan
  • Jangan memicit jerawat yang sedang radang. Biar ia surut dengan sendiri
  • Gunakan pakaian atau tuala yang bersih


Anda dapat 4 tips utama mengecutkan jerawat di atas? Yeah, semoga dapat sedikit ilmu hasil perkongsian Jaja kali ini ya.

Jadi, apa nak buat bila jerawat menyerang lagi? Jomlah mengecutkan jerawat dengan cepat dan selamat! Cuba praktik ilmu di atas ya ;)







* * *
Mahu mendapatkan suplemen mengecutkan jerawat oleh Shaklee? Atau perlu konsultasi? Klik dan hubungi Jaja ya.


13 Oktober 2017

Rahsia Wanita ini Masih Cantik di Usia 54 Tahun

1:14 PG 3 Comments

Rahsia Cantik dan Jelita Terbongkar


Puan Khadijah Mohd Zin

Wanita ini usianya sudah mencecah 54 tahun. Namun, beliau kelihatan sangat anggun dan cantik sekali! Apa rahsianya?

Bayangkanlah, di usia separuh abad wanita ini kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Bentuk badan juga masih cantik malah bebas dari penyakit keturunan dan masalah kolesterol. Kulit wajah? Memang cantik dan bebas cela, malah setanding dengan gadis remaja pun!

11 Oktober 2017

Fungsi Kolagen dalam Badan Manusia

11:59 PTG 0 Comments
Kedut akibat penuaan adalah kerana kandungan kolagen yang semakin berkurang dalam badan

Selalu kan kita dengar pasal kolagen ni? Lagi-lagi dalam produk kesihatan dan kecantikanlah! Jadi, penting juga tu untuk kita tau serba-sedikit tentang fungsi kolagen lagi-lagi kalau kita memang antara pengguna produk yang berlabel kolagen.

Namun kali ini, Jaja nak cerita pasal fungsi kolagen dalam badan manusia dulu, insyaAllah ada kesempatan kita akan bincangkan pasal kolagen komersil pula ye.


02 Oktober 2017

6 Keistimewaan Minuman Soya ESP Shaklee

11:06 PTG 0 Comments
ESP atau nama panjangnya Energising Soy Protein, dihasilkan daripada kacang soya. 1 canister ESP terhasil daripada 30 kg kacang soya asli, wow banyak kan! Tapi persoalannya, kalau ESP ni kacang soya, apa pula perbezaannya dengan produk air soya di luar sana?

Yes, apa istimewanya minuman soya ESP Shaklee??


Jadi, di sini Jaja senaraikan 6 keistimewaan ESP Shaklee berbanding minuman soya jenama lain di dalam pasaran ;)

01 Oktober 2017

Kebaikan Minuman Isotonik Performance Drink Membantu untuk Hidratkan Badan

12:18 PG 0 Comments

Performance Drink Shaklee adalah satu minuman tambahan yang menggabungkan 6 campuran elektrolit untuk menyokong hidrasi badan secara optimum yang dipanggil sebagai OptiLyte. 2 fungsi utama Performance Drink ialah:

  •          Memelihara kandungan elektrolit yang mencukupi dalam badan  
  •          Memberi tenaga segera dan berpanjangan kepada badan untuk memastikan badan sentiasa aktif dan bertenaga.

Sebenarnya, Performance Drink adalah sejenis minuman isotonik atau minuman tenaga.

28 September 2017

Awas Dehidrasi - 7 Kesan Buruk Kurang Minum Air!

5:19 PTG 0 Comments
Minumlah air secukupnya setiap hari!

Air, sangat penting untuk badan kita. Manakan tidak, 70% daripada jisim badan kita terdiri daripada air. Sebab itu, selalu ada nasihat untuk kita sentiasa minum air yang mencukup setiap hari. Kajian mendapati seorang manusia boleh hidup beberapa minggu tanpa makanan, tetapi manusia akan mati dalam beberapa hari jika tiada air. Ha penting kan air ni?


Petanda Badan Kurang Air


Sesetengah orang tak rasa dahaga pun, tapi tak bermakna mereka sudah cukup keperluan air dalam badan. Cuba kita perhatikan tanda-tanda yang Jaja kongsikan dari MayoClinic ini ya.

23 September 2017

Ketahui Punca Masalah Keputihan dan Penyelesaiannya!

11:14 PTG 0 Comments
Masyarakat kita memangilnya keputihan manakala komuniti perubatan mengenalnya sebagai Leukorrhea. Walau apapun panggilannya, memang tak selesa kalau ada keputihan tau!

Say NO to keputihan!


Leukorrhea atau masalah keputihan ni adalah keadaan di mana terdapat lelehan cairan jernih, putih, kekuningan atau kehijauan daripada kemaluan (vagina) wanita. Lelehan ini biasanya berasal dari serviks iaitu bukaan faraj wanita, namun ia boleh jadi juga asal mulanya dari ovari, tiub Fallopio atau vagina sendiri. Hmm, anda pernah alami keputihan tak?

21 September 2017

8 Cara untuk Atasi Hidung Tersumbat

7:31 PG 4 Comments

Jom Atasi Hidung Tersumbat


Beberapa hari ini lepas selesema tempoh hari, Jaja diserang pula hidung tersumbat. Adoi, tak selesa sangat! Paling tak selesa bila nak tidur aje, hidung tersumbat dan susah sangat nak bernafas. Selalu tu Jaja bernafas ikut mulut aje la, haha. Sudah macam orang semput asma pula :( Nak dibuang kahak yang ada dalam mulut tu, tak berapa reti. Nak dibuang hingus through hidung pun macam taknak keluar je, kes Jaja ni macam tak ada hingus pun, tapi still hidung tersumbat. Macam tulah.. beberapa hari juga menderita hidung tersumbat ni.


And now, Jaja nak kongsikan 8 cara untuk melegakan hidung tersumbat. Semoga bermanfaat untuk korang ya!

18 September 2017

Terkini Shaklee: Set Radiant 4

3:28 PG 0 Comments

Terbaru: Set Radiant 4 by Shaklee


Terkini, pada bulan September 2017 Shaklee memperkenalkan pula Set Radiant 4. Kenapa 4? Sebab ia terdiri daripada 4 suplemen dan vitamin yang membantu menyerikan wajah dari dalam.

4 komponen Set Radiant 4 tersebut ialah:
  1. ESP
  2. Collagen Powder
  3. GLA Complex
  4. Sustained Release Vita-C Plus

17 September 2017

Kebaikan Rangkaian Produk Prosante untuk Rambut Sihat Menawan!

4:34 PTG 0 Comments

Kebaikan Rangkaian Produk Prosante untuk Rambut Sihat Menawan!


Mengapa Patut Memilih Prosante?


Kalau anda nak pilih Syampu rambut dan produk-produk penjagaan rambut yang lain, criteria apa yang akan anda pertimbangkan?

Ada orang yang tak kisah. Contohnya senang aje pilih mana-mana produk rambut yang melambak di pasaran. Rasa kalau packaging cantik dan jenamanya agak dikenali, cepat aje memilih sesuatu produk tu kan! Anda macam tu ke? hihi

Prosante - Rangkaian Produk Penjagaan Rambut yang istimewa

14 September 2017

Testimoni Masalah Rambut Gugur Selesai dengan Suplemen Shaklee!

11:21 PG 0 Comments
Rambut gugur merata-rata setiap kali bangun tidur!  
Tuan punya diri mestilah risau amat punya. Ya ampun... kalau rambut setiap hari gugur, disikat pun gugur, dilurut pakai tangan pun gugur tak ke boleh jadi botak nanti akhirnya?  
Risau kan?

Testimoni Rambut Gugur

Inilah antara ikhtiar mereka yang mengalami masalah rambut gugur. Mereka tak diam dan pendam saja masalah rambut gugur yang menjengah, mereka cari penyelesaian dengan suplemen Shaklee. Dan Alhamdulillah usaha mereka tidak sia-sia, dengan izin-Nya juga.

12 September 2017

5 Vitamin Shaklee untuk Masalah Rambut Gugur

10:43 PG 0 Comments

5 Vitamin Shaklee Untuk Masalah Rambut Gugur

Rambut gugur memang menyedihkan. Bila bangun pagi ada rambut di bantal dan katil, bila menyapu lantai banyak juga rambut yang bertaburan, masa menyikat pun banyak juga rambut yang gugur.. 😷

Rambut gugur sangat menyedihkan!

But.. wake up! Mari selesaikan isu rambut gugur anda. Jangan berputus asa, mari cukupkan makanan rambut kita dulu supaya akar rambut menjadi kuat dan rambut tidak rapuh, menjadikan ia tidak mudah putus di pertengahan atau dari akarnya. Maka, masalah rambut gugur sekaligus dapat dikurangkan.

Di sini Jaja senaraikan 5 suplemen dan vitamin yang dapat membantu masalah rambut gugur anda, insyaAllah. Modus operandinya, cukupkan keperluan nutrien rambut dahulu!

1. B Complex


Di dalam B Complex terdapat Biotin, yang berfungsi penting dalam memelihara kesihatan rambut kita. Biotin yang cukup menghasilkan rambut yang lebat dan tebal. Sebaliknya kekurangan biotin pula sebaliknya akan menyebabkan rambut gugur 😢


2. Omega Guard


Omega Guard mengandungi khasiat Omega 3 yang sangat bagus untuk menguatkan akar rambut dengan mengurangkan keradangan. Ia juga menyokong rambut yang yang lebat dan menyuburkan rambut.

Dalam satu kajian, kadar pertumbuhan semula rambut meningkat sebanyak 89.9% akibat pengambilan Omega 3 yang cukup beserta Omega 6 dan antioksidan yang cukup. Selain itu, didapati kadar keguguran rambut pula berkurang dan rambut menjadi lebih lebat dan sihat bermaya.

Jadi, Omega Guard adalah suplemen utama anda untuk menangani rambut gugur! Pastikan anda memiliki Omega Guard ini sekurang-kurangnya di antara pelbagai produk penjagaan anda 😉👌


3. ESP


Protein adalah bahan utama membina struktur sel-sel badan kita seperti rambut dan kulit. ESP adalah sumber protein tumbuhan soya yang semestinya bebas daripada lemak dan kolesterol yang biasa terdapat pada sumber protein daripada haiwan.

Istimewanya, ESP mengandungi kesemua 20 komponen asid amino perlu dan tidak perlu.

Bekal protein yang cukup akan memastikan pembinaan sel rambut yang sihat.

Kitar gantian sel rambut yang mati dengan yang baru juga akan berjalan baik dan berlaku secara lebih pantas. Rambut yang gugur kita itu, insyaAllah akan sentiasa diganti dengan sel rambut baru yang sihat, kuat dan bermaya!


4. VitaLea


Zat Besi dan Zink adalah mineral yang penting dalam isu kesihatan rambut. Ia juga merangsang pertumbuhan semula rambut.

Vitalea adalah multi-vitamin yang mengandungi  banyak jenis vitamin dan mineral di dalamnya, termasuklah zat Besi dan Zink.

Mengamalkan Vitalea bukan saja mencukupkan keperluan nutrien rambut, tetapi anda akan dapat bonus lagi! Pengguna VitaLea selalu menyatakan mereka rasa lebih bertenaga dan tidak lesu kerana pengambilan vitamin ini ✅

5. Sustained Release Vita-C Plus


Vitamin C merupakan suatu immune booster. Ia meningkatkan ketahanan sel badan kita daripada serangan radikel bebas yang dapat merosakkan sel. Begitu juga di rambut, serangan radikel bebas menyebabkan rambut menjadi kering, kusam tidak bermaya, nipis dan mudah putus serta gugur. Kehadiran antioksidan dan immune booster daripada Vita-C Plus pastinya akan menyokong kesihatan rambut kita.

Pengambilan Vita-C Plus lebih kepada memelihara kesihatan rambut yang berpanjangan, mengelakkan rambut dari pelbagai masalah rambut yang berulang.


Bebaskan diri dari masalah rambut gugur sekarang!

Cukupkan nutrien, kuatkan rambut dari akarnya dan pelihara kesuburan rambut dengan antioksidan - insyaAllah masalah rambut gugur anda akan dapat diatasi! 💋💋

Jangan biarkan masalah RAMBUT GUGUR anda terus merunsingkan anda dan menjadi semakin parah! Silap haribulan boleh botak kepala... 😰


Dapatkan penyelesaian rambut gugur anda dengan segera, jangan tunggu-tunggu lagi ya!



Ingin dapatkan Vitamin untuk Rambut Gugur ini? Boleh hubungi Jaja untuk perbincangan lanjut ya ☺️

atau


Beli terus Vitamin untuk Rambut Gugur. Sila Klik di sini:




Baca Selanjutnya: Testimoni Rambut Gugur Selesai dengan Suplemen Shaklee!