Follow Us @bijak.sihat

20 Februari 2017

Mengapa Kacang Soya ialah Sumber Protein Terbaik?

8:53 PTG 0 Comments
Salah satu nutrienn yang diperlukan oleh badan ialah sumber protein. Ini kerana protein adalah keperluan yang diperlukan untuk pembinaan dan pembaikan sel itu sendiri. Protein juga membina otot, kulit, tulang, kartilaj, rambut dan sebahagian daripada komponen dalam darah dan organ-organ lain. Pendek kata, protein diperlukan untuk petumbuhan, pengekalan dan pembaikan sel-sel badan kita.

Sumber Protein
Ada 2 sumber utama protein iaitu protein haiwan dan protein tumbuhan. Protein haiwan biasa terdapat pada daging-dagingan seperti ayam, daging dan ikan. Protein tumbuhan pula biasanya didapati daripada sumber kekacang seperti soya dan kacang tanah. Antara 2 sumber ini, yang manakah yang terbaik?

Protein haiwan adalah protein yang biasa kita ambil kerana ia termasuk di dalam menu makanan sehari-hari dan mudah didapati. Jadi tidak dinafikan, protein haiwan adalah sumber utama protein bagi kita setiap hari. Namun begitu, protein haiwan biasanya mempunyai kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi. Kedua-dua ini dapat menyumbang kepada risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Sebab itu, bagi anda yang menitikberatkan hal ini pasti ada yang memilih daging yang kurang berlemak, membuang kulit ayam sebelum memasak atau mempelbagaikan cara masakan tanpa minyak.

Kajian saintifik baru-baru ini mengesyorkan untuk mengubah pola pemakanan berasaskan diet tumbuh-tumbuhan. Bercakap tentang idea ini, Soya adalah satu-satunya makanan sumber tumbuhan yang mengandungi kesemua 9 asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh. Semua kelas asid amino ada 20 jenis; 11 tidak penting dan 9 asid amino penting. Tidak penting bukanlah bermakna tidak diperlukan oleh tubuh tetapi ia dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh kita. Sebaliknya, asid amino penting pula hanya dapat diperoleh melalui pemakanan kita bersumber protein. Ya, kesemua 9 yang diperlukan oleh tubuh kita boleh didapati daripada KACANG SOYA!


Selain manfaat soya yang dapat membekalkan kesemua 9 asid amino penting, protein soya juga bagus  dalam mengekalkan kesihatan kita yang lainnya:
  •           Memberi kesihatan yang baik terhadap kulit, otot, rambut dan kuku.
  •           Meningkatkan tenaga, ketahanan dan prestasi badan
  •           Menggalakkan peredaran darah yang lebih sihat
  •           Menyokong kesihatan tulang
  •           Mengekalkan kesihatan payudara bagi wanita dan prostat bagi lelaki
  •           Mengawalatur keseimbangan hormon dan melancarkan tempoh peralihan menopaus bagi wanita
Soya dipercayai sebagai sumber terbaik protein kerana memiliki semua 9 asid amino penting. Bukan itu sahaja, malah ia tidak berlemak dan berkolesterol. Dengan ini, risiko penyakit jantung dan darah tinggi dapat diminimakan bagi setiap orang J

Keistimewaan ESP Isolate Powder oleh Shaklee

8:46 PTG 0 Comments
ESP Mix Powder by SHAKLEE :)

Produk Shaklee yang bernama Energizing Soy Protein (ESP) Isolate Powder ini adalah suatu suplemen kesihatan berasaskan kacang soya. Pengambilannya memberi manfaat untuk tenaga berpanjangan, kurang lapar dan membaiki struktur sel badan yang rosak selain mengganti sel yang telah mati.


Pelbagai kegunaan soya :)

Mari semak beberapa perkara tentang keistimewaan produk Shaklee ini ;)
  • Kandungan kacang soya di dalamnya ialah jenis non-GMO (non-genetically modified), iaitu bebas daripada pengubahsuaian DNA asalnya. Pengubahan DNA biasanya terjadi dalam industry tanaman dengan tujuan meningkatkan hasil atau membuat tahanam lebih tahan penyakit.
  • Setiap hidangan 14 gram ESP adalah kaya dengan protein berkualiti tinggi. Ia juga rendah lemak, bebas laktosa dan kolesterol secara semulajadi.
  • Protein soya kaya dengan 9 asid amino perlu secara semulajadi.
  • Mempunyai skor PDCAAS iaitu 1.0. PDCAAS atau Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score. Skor 1.0 adalah skor yang tertinggi dan adalah setanding dengan yang dibekalkan oleh protein haiwan.
  • ESP mengandungi 5 vitamin B penting dan separuh khasiat Kalsium yang diperlukan badan setiap hari.
  • ESP turut membekalkan Isoflavon. 
  • Mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Paras glisemik yang rendah menunjukkan sesuatu makanan itu dapat mengekalkan glukosa dalam badan lebih stabil, membuatkan terasa kenyang lebih lama dan mengawal selera makan dengan mudah.
  • Penghasilan produk ESP  diawasi di bawah suatu program IPP (Identity Preservation Program). Ia bermakna kacang soya diawasi dengan ketat dan dikawal baik daripada ia mula ditanam, dituai dan diproses.


Rasa ESP memang terbaik. Bagi mereka yang sememangnya menyukai soya, tambahkan saja 3 sudu serbuk ESP dengan air suam atau sejuk. 

Bagi yang kurang menggemari soya tetapi masih ingin mengambil kebaikan protein soya, campurkan serbuk ESP dengan susu, jus atau apa saja minuman kegemaran anda kecuali kopi atau teh ;) 

Smoothies memang enak ;)
Jika ingin mencuba yang lebih menarik, blend sahaja serbuk ESP dengan buah-buahan untuk hasilkan smoothie yang sangat sedap!



Baca selanjutnya: 7 Testimoni Cantik dengan ESP

Memahami Osteoporosis dan Cara Mengelakkannya

8:22 PTG 0 Comments

Osteoporosis adalah penyakit tulang rapuh. Tulang rapuh kerana tulang kehilangan berat dan ketumpatannya. Ada tulang, tetapi agak kosong di dalamnya; ini dipanggil poros dan menyebabkan tulang menjadi ringan.

Badan kita memerlukan kalsium dan fosfat, iaitu bahan sama yang membentuk tulang. Sekiranya keperluan badan lain terhadap 2 bahan ini tidak mencukupi, penguraian tulang akan berlaku untuk menampungan kekurangan tersebut. Sebagai akibatnya, tulang akan hilang kepadatannya sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan, tulang menjadi bertambah poros dan ringan. Maka, seseorang itu dikatakan menghadapi risiko osteoporosis.

Sebenarnya tulang kita juga mengalami pembaharuan dan penggantian yang berterusan. Ada tulang yang diganti dan ada yang dimusnahkan. Semasa usia muda, kadar penggantian tulang berlaku lebih cepat daripada pemusnahan tulang. Namun seiring usia yang semakin meningkat, pemusnahan tulang pula yang lebih pantas. Sebab itu, didapati osteoporosis dialami oleh kebanyakan individu yang sudah meningkat usia, lebih-lebih lagi wanita menopous. Walau begitu, harus diingat risiko penyakit ini semasa tua dapat dikurangkan jika kita mengamalkan beberapa langkah sejak muda, contohnya pengambilan kalsium yang mencukupi untuk pembentukan tulang yang kuat semasa dalam tempoh tulang sedang menambahkan ketumpatannya dengan galak ;)

Faktor Penyebab Risiko Osteoporosis 

Ada beberapa faktor yang menyumbang yang kepada risiko osteoporosis. Contohnya:

1) Jantina: Wanita dikatakan lebih berisiko berbanding lelaki
2) Umur: Semakin tinggi usia, semakin tinggi juga risiko osteoporosis.
3) Sejarah keluarga: Jika ada ahli keluarga atau ibubapa yang mengalami osteoporosis, anda juga berisiko.
4) Saiz rangka badan: Lelaki dan Wanita yang berangka kecil lebih berisiko tinggi kerana mempunyai berat tulang yang rendah dan mungkin mengurai dengan lebih pantas sepanjang usia.
5) Hormon: Kekurangan hormone estrogen bagi wanita menopous meninggikan risiko osteoporosis.
6) Faktor pemakanan: kurang pengambilan kalsium.
7) Pembedahan Usus: Bagi sesiapa yang pernah membuat pemebedahan memotong usus atau mengecilkan perut, ini akan mengurangkan luas permukaan bagi penyerapan makanan tecerna, termasuk penyerapan kalsium.

Penyelesaian: Mencegah lebih baik dari mengubati

Antara beberapa factor yang disebutkan di atas, ada suatu factor yang dapat membantu kita mencegah osteoporosis pada usia tua iaitu faktor pemakanan. Bekalan kalsium haruslah mencukupi. Begitu juga amalan lain yang berkaitan:
  • Pengambilan kalsium yang cukup pada usia ketika tulang masih menambahkan ketumpatannya.
  • Meminum air yang mengandungi fluorin boleh mengeraskan tulang dan gigi.
  • Senaman seperti berjalan kaki, berjoging, dan bermain permainan seperti tenis semasa muda dan sepanjang hayat akan menambahkan jisim tulang supaya melebihi nilai normal bagi menghadapi penguraian dan kemerosotan tulang kerana usia.

Well said, Pengambilan Kalsium, Air Berfluorin dan Senaman berterusan. Sudikah anda mengubah gaya hidup? Tepuk dada, tanya berapa nilainya nikmat kesihatan anda J



Baca Selanjutnya: Suplemen Kalsium Yang Bagus | 7 Sebab OsteMatrix Jadi Pilihan

13 Februari 2017

Manfaat dan Kebaikan Lecithin Shaklee

6:42 PTG 0 Comments
Ramai orang yang mengenali Lecithin amat biasa mendengarnya sebagai suplemen pengurus badan. Ya, memang betul begitu ;) Di sini, Jaja akan ceritakan lebih lanjut berkaitan kebaikan ini dan kebaikan-kebaikan lain yang dibawa oleh Lecithin, insyaAllah.

Suatu fakta, lecithin adalah pengemulsi lemak semulajadi. Pengemulsi lemak ini adalah sejenis bahan yang dapat menguraikan lemak menjadi titisan-titisan kecil, lebih tepat lagi ia mencernakan lemak besar menjadi molekul yang lebih kecil supaya dapat diserap oleh badan. Tujuan pengemulsian atau pencernaan lemak ini adalah adalah tidak lain tidak bukan untuk kegunaan tubuh kita.

Jika karbohidrat untuk tenaga, protein untuk pertumbuhan dan pembaikan sel, lemak pula berguna di dalam badan untuk tujuan berikut: 
  • Membekalkan tenaga selain karbohidrat 
  • Membina membran plasma (lapisan luar sel) dan neuron (sel otak) 
  • Membina sesetengah hormon 
  • Lemak di bawah lapisan kulit menjadi penebat haba supaya badan kekal pada suhunya 
  • Lemak di sekeliling organ melindungi organ daripada kecederaan 
  • Bertindak sebagai pelarut vitamin larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K

Jadi, jangan melenting bila dengar nama lemak ye ;) Lemak sememangnya nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita, tetapi semestinya dalam kuantiti yang berpatutan. Jika berlebihan, barulah muncul masalah kegemukan!

Gemuk, adalah kerana lemak berlebihan yang tidak berguna di dalam tubuh ditukar dan disimpan menjadi lemak tepu. Lemak simpanan ini akan hanya digunakan apabila sumber utama tenaga badan iaitu karbohidrat berkurangan atau tiada. Jika tidak, ia akan kekal menjadi lemak badan, fizikal badan menjadi gemuk kerana tiada pembakaran lemak menjadi tenaga semula. Anda jelas kan? 

Opss!
Tentu anda faham mengapa kebanyakan (atau semua?) program diet menyuruh kita mengawal pengambilan lemak, malah mengawal pengambilan karbohidrat juga supaya kekurangan karbohidrat tersebut merangsang dan memaksa lemak badan ditukar menjadi tenaga semula ;) Jadi hasilnya dapatlah berat badan dikurangkan.

Di dalam badan kita, fungsi pengelmusi lemak dijalankan oleh hempedu, kemudian enzim lipase pula bertindakbalas menukarkan emulsi lemak menjadi bentuk paling ringkas iaitu asid lemak dan gliserol.
Bentuk paling ringkas ini iaitu asid lemak dan gliserol akan diserap oleh badan untuk kegunaannya yang pelbagai. Ia akan dibawa ke seluruh badan dan sel sasaran melalui salur darah, ada juga yang dibawa ke hati untuk disimpan sebagai lemak (tenaga simpanan).

Lecithin akan membantu fungsi hempedu untuk membakar lemak badan sedia ada, jadi kuantiti lemak akan berkurang dari masa ke masa. Sebab itu apabila konsisten mengamalkan Lecithin, badan penggunanya boleh tampil kurus :)

Jika di dalam salur darah pula, lemak dalam bentuk kolesterol jahat boleh terenap pada dinding salur darah dan menyumbatnya. Dengan adanya lecithin (pengemulsi lemak) dalam darah, lemak ini tidak akan termendap kerana ia telah digumpal dan diapungkan oleh fungsi lecithin. Kesannya, risiko salur darah tersumbat dapat dikurangkan, tekanan darah menjadi normal, kurang risiko arterosklerosis (salur darah tersumbat) dan serangan sakit jantung serta strok.

Baiklah, Jaja ringkaskan fungsi Lecithin yang lain di sini:
  • Membakar lemak badan
  • Merendahkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi, arterosklerosis, sakit jantung dan strok
  • Meningkatkan memori kerana menggalakkan perkembangan dan kesihatan neuron
  • Melindungi dan menjaga kesihatan hati
  • Membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K
  • Mencegah risiko penyakit batu karang kerana 90% batu karang terbentuk daripada kolesterol yang berupaya dipecahkan oleh fungsi lecithin
Biasanya Lecithin diambil diambil bersama-sama Alfalfa Complex untuk tujuan kurus. Mengapa? Jawapannya kerana Alfalfa boleh membantu untuk detoks badan daripada toksin.

Toksin di dalam badan kebanyakannya adalah dalam bentuk lemak. Apabila Lecithin memecahkan toksin lemak ini, barulah Alfalfa akan membuangnya dari badan kita. Apabila toksin dibuang, metabolisme badan menjadi tinggi, lemak jarang disimpan sebagai tenaga simpanan dan lecithin memecahkan lemak badan yang tinggal. Apabila konsisten, lama-kelamaan badan akan dapat dikuruskan ;) Akhir kata, semoga berjaya untuk anda yang dalam misi menguruskan badan! Hola :D

07 Februari 2017

4 Kategori Gemuk

10:49 PG 0 Comments

4 KATEGORI GEMUK ����

Gemuk pun ada banyak jenis. Mengetahui jenis gemuk dapat membantu kita merancang program menguruskan badan dengan lebih berkesan. Jom semak!

1) Gemuk Air
Biasanya ia lembik dan menggeleber. Orang yang gemuk air cepat merasa mengah dan penat semasa melakukan aktiviti fizikal.

2) Gemuk Angin
Gemuk ini lebih kurang sama dengan gemuk air iaitu lembik-lembik apabila dipicit. Bezanya, orang gemuk angin kerap sendawa, sebu perut, loya, cepat pening dan selalu buang angin (kentut).

3) Gemuk Lemak
Cara kenal gemuk lemak pula ia agak pejal, tidak lembik sangat seperti gemuk air dan tidak pejal seperti gemuk dating. Ia cenderung berlaku bagi orang yang mempunyai bentuk tubuh epal.

4) Gemuk Daging
Gemuk daging terasa pejal, padu dan tak menggeleber. Ia terjadi kerana masalah kegemukan dalam tempoh lama, misalnya dari kecil badan memang sudah berisi dan debab.

Bagaimana? Sudah kenal gemuk yang mungkin ada pada anda? ��
.
#jenisgemuk #kategorigemuk