Follow Us @bijak.sihat

17 April 2017

8 Kebaikan Detoks

1:20 PTG 2 Comments
Anda tahu tak? Detoks badan dapat membantu anda menjadikan kesihatan jauh lebih baik.


Seperti yang kita sedia tahu, badan kita terdedah kepada toksin setiap hari, termasuklah daripada persekitaran, gaya pemakanan yang tidak baik dan tekanan akibat kelangsungan hidup. Badan kita sendiri memang dapat menyahtoksin secara semulajadi. Namun akibat lambakan toksin yang terlalu banyak, proses nyahtoksin semulajadi ini menjadi terbeban dan melampaui kebolehan system itu sendiri. Akibatnya, semakin lama semakin banyak toksin yang terkumpul di dalam badan, lantas menjadi punce pelbagai jenis kesakitan dan penyakit. Oleh itu adalah amat penting untuk kita membantu proses nyahtoksin badan dapat berjalan lancar setiap hari.


Jom Jaja dedahkan 8 Kebaikan Detoks!

1. Turun berat badan

Toksin memberi kesan terhadapa kebolehan badan membakar lemak, jadi menyebabkan kegemukan. Buangkan toksin, metabolisme pembakaran lemak akan menjadi lancar dan anda tak akan mudah gemuk ;)

Sesetengah toksin di dalam badan ada juga jenis komponen lemak. Apabila detoks berjaya membuang toksin jenis ini, secara tak langsung badan akan menjadi lebih kurus dan turun berat badan.

Bagi sesetengah orang yang sedang berusaha menguruskan badan, dan masih tidak berjaya, TOKSIN adalah salah satu penyebabnya. Buangkan toksin dalam badan melalui detoks dan proses menguruskan badan anda tentu lebih cepat berhasil.


2. Melegakan sembelit dan menyihatkan usus

Usus besar adalah tempat di mana bahan makanan yang tidak tercerna dikumpulkan sebelum dibuang sebagai najis. Tompokan sisa makanan ini, jika kita kurang minum air dan membanyakkan serat dalam pemakanan boleh menyebabkan masalah sembelit semasa membuang najis. Masalah sembelit membuatkan sisa najis terkumpul di dalam usus, lama-kelamaan boleh menjadi toksin yang membahayakan kesihatan usus itu sendiri. Lebih teruk lagi, toksin tersebut mungkin membawa penyakit yang lebih serius seperti kanser usus.

Bantu usus untuk buang toksin dengan detoks. Usus yang bersih dapat mengoptimakan proses pembuangan najis dengan baik. Bahan kimia dan sisa berbahaya yang dibuang dari usus secara teratur pasti dapat menjadikan badan jauh lebih selesa dan sihat.


3. Badan lebih bertenaga

Badan kita melakukan proses detoks secara semulajadi, namun proses ini melibatkan banyak tenaga, apatahlagi apabila kuantiti toksin itu banyak. Sebab itu, antara symptom seseorang itu mempunyai kadar toksin yang tinggi ialah selalu letih dan tidak bertenaga.

Proses detoks akan memberi sokongan kepada organ detoks badan, jadi tenaga dapat dijimatkan. Badan akan menjadi lebih bertenaga!


4. Tidak ‘cravings’

Cravings akan berkurang! Sikit-sikit nak makan, sikit-sikit nak rasa itu nak rasa ini; itulah cravings. Buang toksin, dan cravings boleh dikurangkan ;)


5. Kulit lebih sihat dan cantik

Kulit adalah organ terbesar sekali dalam badan kita kerana ia meliputi seluruh badan. Tentu anda pernah dengar orang selalu kata bahawa kesihatan dalam akan terpancar ke luar. Begitulah juga dengan kesihatan kulit. Apabila badan sihat, kecantikan kulit juga akan terserlah.

Kulit, adalah salah satu organ detoks yang menyingkirkan toksin melalui air peluh. Apabila system kulit dibebani dengan toksin, ia boleh membawa kepada masalah kulit seperti jerawat.

Apabila toksin dibuang atau dikurangkan, tentu kesihatan kulit juga meningkat. Kulit akan menjadi lebih bermaya, sihat dan berseri. Best, kan?


6. Mengurangkan stress / tekanan

Mungkin anda tertanya-tanya apa kaitan stress dengan tekanan? Jawapannya, memang ada kaitan!

Pengumpulan toksin dalam badan akan membebankan system badan. Rembesan hormone kortisol (hormone yang menyebabkan stress) akan meningkat sama.

Kurangkan toksin, kortisol menjadi kurang dan stress dapat diminimakan. Jadi lebih ceria dan cool. Bagus kan.


7. Meningkatkan sistem imun badan

Badan yang penuh toksin ibarat magnet yang menarik radikel bebas berbahaya yang merosakkan sel dan menjejaskan kesihatan kita. Bersihkan toksin di dalam badan, jadi radikel bebas jauh dari badan. Badan menjadi lebih sihat dan ketahan terhadap penyakit lebih meningkat.


8. Tidur lebih lena

Toksin terutama logam berat mengganggu keseimbangan sel yang normal dan menggalakkan tindakan radikel bebas. Radikel bebas meningkatkan hormon tidur dan mengganggu pola tidur, kadangkala membawa kepada insomnia.

Bantulah system badan untuk detoks, jadi badan akan dapat meneutralkan semula pola tidur dan mendapatkan tidur yang berkualiti.



Banyak kan kebaikan detoks? 

Tunggu apa lagi? Jom detoks supaya badan dapat menjadi lebih sihat hendaknya. 

One thing for sure, kesihatan adalah salah satu nikmat yang wajib kita jaga dengan baik ye.


Tak tahu jika anda patut buat Program Detoks besar-besaran atau tidak? Meh semak sini,klik 11 Petanda Badan Anda Perlu Detoks J

14 April 2017

MENGAPA PERLU DETOKS?

12:44 PTG 0 Comments
First and foremost, detoks adalah amat penting untuk memastikan badan kekal sihat. Ia adalah proses pembuangan bahan-bahan beracun yang terkandung dalam badan. Basically, bahan-bahan beracun inilah yang membuatkan badan tak berapa sedap, malah mengundang pelbagai penyakit lain pula.

Bila banyak toksin atau bahan beracun di dalam badan, ia membantut kelancaran aktiviti badan itu sendiri. Toksin memberi kemudaratan kepada badan. Toksin boleh jadi merujuk kepada semua logam, bahan kimia berbahaya, bahan pencemar, perisa makanan buatan, sisa racun dari pertanian dan hasil metabolisme badan itu sendiri.

Toksin dapat membuat penyerapan makanan menjadi tak sempurna, darah jadi kotor, zat tak dapat diserap badan dengan baik dan keupayaan badan melawan penyakit juga semakin berkurang. Jadi tak hairan kalau badan kita cepat letih, tak bermaya dan mudah sangat jatuh sakit.
 
Kempen Detoks yang dilancarkan Shaklee 
Hidup kita sekarang ada begitu banyak cabaran untuk sentiasa kekal sihat.

·         Walaupun masak makanan sendiri, sayur yang kita beli belum tentu bebas pestisid, ayam pula dicucuk supaya cepat besar, ikan-ikan pun mungkin terdedah dengan logam berat dan bahan pencemar di lautan
·         Bersenam memang baik untuk kesihatan. Tapi andai kata setiapkali keluar jogging kita dihadapkan dengan pencemaran udara, memang menguji juga.
·         Ramai orang sibuk bekerja, jadi selalu makan di luar. Restoren dan kedai mamak selalunya masak tak ingat; banyak minyak, banyak garam, banyak gula. Makan tetap perlu makan, minum juga. Nak bawa bekal, rasa tak sempat pula. Iya kan?
·         Duduk dalam rumah belum tentu selamat dari pencemaran. Yes, ada asap rokok di sekeliling...
·         Yang mana tinggal di bandar-bandar mungkin sudah lali dengan segala macam pencemaran terutama pencemaran udara dan bunyi. Namun yang duduk di pinggir bandar mahupun kampung sebenarnya tak terkecuali. Kilang-kilang dibina dengan pesat sekali. Yang tidak bagusnya, kilang membebaskan asap dan membuang sisa yang mencemarkan tanah dan sungai di sekitar.

Jadi apa penyelesaian kita untuk kekal sihat?
 
Jus Detoks
Sentiasalah detoks badan.

Sambil juga amalkan gaya hidup sihat; seperti bersenam, pemakanan seimbang dan pengurusan stress yang baik.

Jika rasa pengambilan suplemen dapat membantu apa salahnya.

Ambil suplemen untuk cukupkan zat yang hilang.
Ambil suplemen untuk kuatkan antibodi badan.
Ambil suplemen untuk bantu proses detoks badan.



Ambillah.. yang penting ia membantu ;) 

Semoga anda sentiasa sihat ye ;)

13 April 2017

Migrain: Punca dan Simptom

8:04 PG 0 Comments

Baru-baru ini, ada seorang sahabat yang tanya pada Jaja suplemen untuk membantu masalah migrain. Jadi, Jaja cadangkan OsteMatrix dan B Complex. InsyaAllah, di akhir entri ini Jaja ulas sedikit bagaimana 2 suplemen ini dapat membantu ya.

Jaja ingin kongsikan dahulu tentang migraine, punca-punca dan simptomnya. Hasil tulisan ini adalah dapatan daripada pembacaan di MayoClinic dan MedicineNet. Harap-harap dapat membantu kita untuk lebih memahami tentang migraine.

Apa itu Migrain?

Migrain ialah kesakitan kepala yang kronik. Ia biasanya diiringi oleh rasa mula, muntah, sakit mata, kepala berdenyut-denyut dan sensitif terhadap cahaya dan bunyi. Boleh membawa kepada sakit kepala hingga berhari-hari lamanya.

Anda ada kawan, keluarga atau kenalan yang mengalami migrain? Jaja pernah ada. Sampai satu tahap, sahabat Jaja yang seorang ini sampai hantukkan kepala ke dinding. Rasa azab sangat. Yalah, kita yang tak mengalami ni mungkin tak berapa faham kesakitan yang mereka alami, tetapi kalau sampai hantuk kepala ke dinding tu mesti sangat sakit ye tak. Kasihan sangat..

Penyebab Migrain

Penyebab utama migraine masih belum diketahui. Biar begitu, perubahan pada neurotransmitter (sejenis sel di otak) dan ketidakseimbangan bahan kimia di otak memainkan peranan penting dalam masalah migrain ini.

Sejenis bahan kimia di otak yang dinamakan serotonin akan menurun parasnya semasa serangan migrain. Ketidakseimbangan ini menyebabkan sel otak membebaskan suatu bahan yang dipanggil neuropeptida yang mengakibatkan kesakitan semasa serangan migrain. Walau bagaimanapun, para pengkaji masih membuat kajian tentang peranab serotonin ini dalam masalah migrain.

Migrain boleh dicetus oleh banyak faktor. Antaranya:

1. Perubahan hormon
Ia biasa berlaku kepada wanita. Paras hormone estron dikatakan menjadi punca sakit kepala di kalangan mereka, lebih-lebih lagi sebelum dan semasa tempoh mereka haid, iaitu ketika paras estrogen adalah rendah. Begitu juga migrain boleh berlaku kepada wanita yang sedang mengandung atau menopous.
2. Stres dan tekanan

3. Ransangan melampau seperi bunyi bising

4. Pemakanan
Pengambilan makanan yang masin, perisa makanan seperti MSG dan makanan proses boleh mencetus serangan migrain juga. Lewat makan turut menjadi risiko untuk migrain.
5. Perubahan dalam jadual tidur
Terlebih tidur atau kurang tidur juga mengundang migrain.
Merawat Migraine

Jadi, jika anda sendiri ialah penderita migrain, sudahkan anda kenalpasti penyebabnya? ;) Semak ya.

Jika pergi ke klinik, ubatan yang diberi biasanya ialah ubat tahan sakit seperti panadol tetapi dosnya lebih tinggi. Semestinya kita tidak sanggup untuk bertahan saja dengan ubat kan. Terpaksa mengambil ubat setiapkali migrain menyerang dan tidak sembuh-sembuh? Sebolehnya kita mahu bebas sebebasnya, benar kan?

Mengenal punca sesuatu penyakit sebenarnya adalah cara yang terbaik untuk mengambil langkah merawatnya. Contohnya mungkin anda migrain akibat kurang tidur dan asyik stres. Jadi, boleh cuba amalkan untuk mencukupkan tidur dan menghindari stres mahupun belajar untuk menangani stres dengan baik.

Poin penting, amalkan amalan yang sihat, ubah gaya hidup anda yang mengundang migraine ;) Contohnya, kurangkan perisa dalam makanan, makan makanan yang dimasak sendiri bukan diproses, lakukan senaman, berhibur secara sederhana untuk menghindar stres dalam kehidupan, belajar menangani stres dengan baik, memastikan tidur yang cukup, bertenang dan sentiasa positif.

Fungsi OsteMatrix dan B Complex untuk Migrain?

B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee dapat mengurangkan risiko diserang migrain, bahkan juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Vitamin B juga dapat melegakan tekanan dan stres, iaitu salah satu punca pencetus migrain.


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
 
Suplemen OsteMatrix mengandungi mineral Kalsium, Magnesium dan vitamin D.

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting dalam membantu penyerapan Kalsium, supaya bekalan Kalsium tidak tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


Kedua-dua suplemen ini insyaAllah amat-amat membantu dalam menghadapi masalah migrain.

Ubat klinik perlu dimakan juga, tetapi jangan dilupakan perubatan alternatif seperti suplemen untuk sentiasa merawat masalah migrain anda ya ;)

 Jaja harap perkongsian ini membantu anda ;) Semoga sentiasa sihat hendaknya!

11 April 2017

Fungsi Merkuri dalam Bahan Kosmetik dan Bahayanya

11:01 PG 0 Comments
“US Food and Drug Administration (FDA) memberi nasihat supaya menjauhi atau tidak menggunakan krim kulit, bahan kecantikan, sabun antiseptic dan losyen yang mengandungi merkuri.”

KKM juga mengatakan bahan merkuri berbahaya.

Rata-rata rakyat Malaysia pun sekarang sudah celik dengan bahaya merkuri, dan amat berhati-hati untuk memilih produk. Tahniah Jaja ucapkan, since kita semua sudah jadi pengguna bijak J

Di sini, Jaja nak bincang sedikit apa fungsi bahan merkuri ini dalam kosmetik sebenarnya. Jom ikuti tulisan ini ;)


Apa itu Merkuri?

Merkuri adalah suatu unsur semulajadi yang wujud di dalam bumi. Pada suhu bilik macam kita di Malaysia ini, kira-kira 25°C merkuri wujud dalam bentuk cecair perak. Pernah tengok termometer tak? Dalam thermometer ada satu cecair perak di dalamnya. Ya, itulah merkuri.

Di mana Merkuri boleh didapati

Dalam kuantiti yang amat kecil, merkuri boleh ditemui di dalam batuan, air dan tanah. Kerana hal ini, merkuri dapat mencemari makanan dan minuman kita juga. Bagaimana? Ia kerana tumbuhan menyerap air dan mineral dari tanah. Merkuri dalam tanah mungkin diangkut bersama. Haiwan yang memakan tumbuhan tersebut akan mewarisi unsur merkuri. Manusia pula akan memakan tumbuhan dan haiwan. Jika kedua sumber makanan ini mengandungi merkuri, maka kita juga berisiko memperolehnya.

Selain itu, tampalan gigi juga ada merkuri. Yes, bahan yang doctor guna untuk tampal gigi kita yang berlubang. Tetapi, bahan ini dinamakan amalgam dan merkuri adalah satu bahan campuran di dalamnya selain perak. Amalgam sudah digunakan sejak 150 tahun dulu di dalam industry pergigian. Amalgam selamat tak? Jawapannya, FDA masih membuat pemerhatian tentang kesan merkuri terhadap kesihatan berdasarkan kajian-kajian kukuh. Buat masa ini, amalgam dikira selamat untuk budak berumur 6 tahun ke atas dan orang dewasa. Boleh baca lanjut di sini.

Kegunaan Merkuri dalam Kosmetik


FDA telah mengharamkan Merkuri dalam kosmetik pada tahun 1974, kecuali kegunaan dalam kuantiti amat rendah bertujuan sebagai pengawet sahaja. Kuantiti yang dibenarkan itu cuma 1 ppm atau 0.0001 persen.

Bahan Merkuri dapat memutihkan dan memudarkan warna kulit. Oleh itu anda tentu faham mengapa bahan kosmetik ada merkuri? Benar, kebanyakan kosmetik menjanjikan kulit wajah yang putih dan bebas cela. Apa tu orang kata.. peloless? Hihi J

Cela pada kulit seperti tompok gelap dan jeragat disebabkan oleh penghasilan melanin pada kulit. Melanin dihasilkan oleh sel melanocytes, yang sebenarnya adalah tindakbalas melindungi kulit dari sinar UV misalnya. Namun apabila melanin berlebihan, ia menjadikan kulit gelap dan tona tidak sekata.

Merkuri dalam bahan kosmetik akan bertindak menghalang atau melambatkan penghasilan melanin, dengan tujuan supaya kulit dapat jadi putih dan bebas cela.

Tidak dinafikan, memang dapat putih. Segera lagi. Tetapi ada kesan seperti kemerahan. Jika anda fikir kemerahan itu cantik, sebenarnya tidak. Ia bukan merah cantik biasa tetapi disebabkan kulit yang radang.

Jadi kini, jom hati-hati dengan produk memutihkan. Takut-takut ada bahan merkuri yang melebihi kuantiti dibenarkan dan ada kesan sampingan yang buruk. Please be wise memilih produk, okey?

Kesan Merkuri

Keratan Akhbar

Banyak kajian saintifik yang telah dijurnalkan berkaitan ketoksidan merkuri apabila termakan, terminum atau terhidu. Biarpun hanya krim dan disapu pada kulit, sebenarnya Merkuri dapat meresap dan terkumpul di dalam badan. Kandungan Merkuri yang banyak dalam badan menyebabkan reaksi alahan, keradangan kulit dan kerosakan saraf. Keracunan Merkuri yang kronik pula boleh membawa pelbagai simpton dan reaksi buruk termasuk gementar, radang, keletihan, kehilangan memori, pendengaran dan penglihatan merosot, mual, muntah, cirit-birit, kerosakan ginjal dan pada tahap tinggi dapat membawa kepada kematian. Nauzubillah..

InsyaAllah, ada masa Jaja update lagi tentang bagaimana kita hendak mengenalpasti sesuatu produk yang ada Merkuri? Stay tuned until artikel seterusnya ;)

Klik untuk tahu senarai Bahan Beracun Yang Diharamkan dalam Produk Kesihatan dan Kecantikan.

Oh ya, Jaja ingin berkongsi satu produk skincare yang Jaja gunakan sekarang ini. Ya semestinya skincare ini bebas merkuri, diperbuat 100% bahan semulajadi (vegan) dan bebas 1500 bahan kimia berbahaya dalam produk kosmetik lazim!

Sangat best tau! Baca pengalaman saya menggunakan skincare Youth okay ;)