Follow Us @bijak.sihat

16 Ogos 2017

7 Cara menghilangkan Badan Berbau - Cegah Sebelum Parah!

Badan berbau busuk memang agak mengaibkan. Rakan-rakan di sekeliling mungkin tidak mengungkit badan anda berbau demi menjaga hati, namun ia pasti akan mengurangkan keyakinan diri seseorang. Persoalannya bagaimana ingin tahu badan kita berbau busuk atau tidak? Ya, bertanyalah kepada mereka yang rapat dengan kita seperti ibu, pasangan atau sahabat baik. Mereka ini pasti akan bersikap jujur dan menyokong 100% apabila kita berhasrat ingin berusaha menghilangkan bau badan yang kurang enak itu!

Jom hilangkan bau badan!


Punca Badan Berbau

Peluh dari badan kita sebenarnya tidak berbau. Ia berbau tidak enak apabila dirangsang oleh tindakan bakteria yang memakan protein yang ada di dalam peluh.


Petua Menghilangkan Badan Berbau

Ada banyak petua yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan. Jangan berputus asa orang kata, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya :)


1. Daun Jambu Batu

Hilangkan bau badan.. Antara khasiat daun jambu batu

Ini antara petua orang dahulu untuk menghilangkan bau badan. Ambil beberapa helai daun jambu, kemudian tumbuk dengan lesung atau blend sahaja. Perahkan air limau nipis, gaul rata dengan daun jambu batu yang sudah hancur tadi.

Gunakan campuran daun jambu dan limau nipis tadi untuk digosok pada badan semasa mandi. Amalkan selalu sehingga bau tidak enak badan tiada lagi :)


2. Tingkatkan kebersihan diri

Mandi dapat mengelakkan badan berbau akibat peluh yang sudah lama diperam

Mandilah lebih kerap setiap hari lebih-lebih lagi selepas melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan banyak peluh.

Bawa baju ganti sekiranya perlu ketika anda keluar ke mana-mana sekalipun ke pejabat, supaya boleh mandi atau sekadar membersihkan diri apabila badan sudah berlengas.

Tidak digalakkan memakai deodoran anti-peluh kerana ia mengganggu pernafasan kulit dan boleh menyebabkan bau badan yang tidak enak. Pilihlah deodoran yang sesuai seperti deodoran semulajadi. Step to Health berkongsi petua deodoran semulajadi yang mudah, bolehlah anda ikuti jika berkesempatan!

Campur 5 helai daun mint, 5 helai daun rosemary dan 1 cawan air masak. Biar campuran sejuk dan simpan di dalam jag. Setiap hari bolehlah sapu tuala yang dicelup air 'deodoran' tadi pada bahagian ketiak atau kaki yang berisiko lebih menghasilkan bau badan. Agak mudah kan (",)


3. Amalkan Teh Hijau


Teh hijau adalah agen detoks badan yang baik. Kehadiran toksin yang banyak dalam badan turut menyumbang kepada bau badan yang tidak enak kerana peluh adalah salah satu cara badan menyingkirkan toksin.

Amalkan 1 ke 2 cawan teh hijau setiap hari supaya membantu proses detoks badan dengan lancar.


4. Elak Makanan Berbau

Jaga pemakanan sama ya!  Ada makanan yang dapat menyebabkan badan berbau tau. Contohnya seperti daging merah, minuman berkafein seperti kopi, makanan dengan rempah yang kuat seperti kari, jajan, produk susu dan makanan bergoreng. (rujukan)

Penguraian makanan kepada zat-zat yang lebih kecil diedar oleh darah ke seluruh badan dan boleh saja dikumuhkan menjadi peluh yang berbau busuk.


5. Suplemen

Suplemen yang boleh menyingkir toksin dan mencuci darah adalah yang terbaik dalam kes badan berbau.

Jaja cadangkan, amalkanlah Alfalfa Complex, Garlic Complex atau Herb-Lax. Ketiga-tiga suplemen ini mempunyai khasiat tersendiri untuk membantu dari dalam.

Alfalfa Complex - selain teh hijau yan bagus sebagai agen detoks, klorofil juga tidak kurang hebatnya. Alfalfa mengandungi banyak klorofil dan akar tumbuhan ini jauh ke dasar tanah, memberi kelebihan untuknya menyerap mineral terbaik dari dalam tanah. Alfalfa dapat membantu untuk proses pembuangan lebih lawas kerana kandungan seratnya. Alfalfa juga membantu menyingkirkan toksin, mencuci darah dan menyeimbangkan keasidan tubuh. Bila badan kurang toksin, bau badan dapat dibaiki kerana kesihatan dalaman yang meningkat.

Garlic Complex - ia berasaskan bawang putih. Ya, memang ramai yang beranggapan bawang putih menyebabkan badan berbau. Anda juga keliru kan? Biar Jaja terangkan sedikit.

Mungkin anda pernah dengar hukum memakan bawang putih dan lain-lain yang berbau itu makruh? Benarlah tu, kerana ia dapat mengganggu orang lain di tempat keramaian. Namun khasiat bawang putih dari segi perubatan tidak dapat ditolak. Zaman kini, oleh kerana bawang putih telah dihasilkan dalam bentuk kapsul, ia tiada lagi isu bau. Boleh baca Soal Jawab Agama di sini ya :)

Klik Makruh ke Makan Bawang Putih?

Berbalik kepada khasiat bawang putih untuk masalah badan berbau ialah seperti berikut:

- mengurangkan keasidan tubuh
- mencuci darah
- anti bakteria
- membantu mengawal bau badan

Herb-Lax - yang ini pula bagus untuk kesihatan usus. Ia melembutkan najis dan merangsang pengecutan otos usus yang baik semasa membuang najis, jadi kurang risiko sembelit, angin dan sisa najis yang terperangkap di dalam usus. Maka pengumpulan toksin daripada bahan buangan dapat dikurangkan dan masalah bau badan boleh diminimakan.

Hubungi Jaja jika anda ingin berikhtiar menghilangkan bau badan dengan bantuan suplemen ya. InsyaAllah Jaja cuba guide untuk hasil yang terbaik :)



6. Minum air masak secukupnya

Jangan abaikan keperluan air yang cukup untuk badan. Banyakkan meminum air supaya proses penghasilan air kencing dan peluh sempurna dan lancar sehingga dapat menyaktoksid badan dengan baik.


7. Buah dan sayuran


Buah dan sayuran adalah sumber serat yang utama, amalkan ia selalu supaya proses membuang najis berjalan lancar maka kurang risiko pengumpulan toksin. Vitamin dan mineral dalam buah dan sayuran membantu juga untuk mengekalkan kesihatan yang baik serta menguatkan badan daripada serangan bakteria dan penyakit.

Tiada ulasan: