7 Cara Menghilangkan Parut Jerawat

Masalah yang mungkin ramai hadapi sesudah masalah jerawat pastinya untuk menghilangkan parut jerawat. Biasanya selepas jerawat pulih, ada kesan parut yang semestinya mencacatkan penampilan wajah kita. Runsing jadinya - sudahlah masalah jerawat, ditambah lagi dengan parut jerawat pula! Kali ini Jaja nak kongsikan tips cara menghilangkan parut jerawat terutamanya di muka kita, semoga bermanfaat ya 😊



Bagaimana terjadinya Parut?


Beza kan penampilan wajah dengan parut & tanpa parut jerawat?

Menurut laman webmd.com, parut adalah sebahagian daripada proses pemulihan kulit atau tisu apabila ia tercedera. Kebanyakan kecederaan akan meninggalkan parut kecuali kecederaan yang betul-betul kecil. Contoh, bila jari kita terluka, ia berdarah, berhenti berdarah apabila darah beku dan lama-lama berkeruping. Selepas keruping tertanggal, tinggallah kesan parut yang mungkin hilang atau berpanjangan seumur hidup kita. Tapi itu kalau di jarilah, mungkin kita tak berapa kisah ia berparut berbanding jika ia terjadi di wajah?

Jika di muka, semestinya sebab utama yang akan meninggalkan kesan parut ialah bekas jerawat. Mungkin faktor lain ada juga seperti kecederaan tapi yang paling utama ialah jerawat! Setuju kan 😅

🌿 Parut terjadi apabila lapisan dermis kulit cedera dan selnya digantikan dengan sel baru. Sel baru itu pula strukturnya tidak sama dengan struktur sekeliling tempat yang cedera kerana ia masih baru. Parut akan muncul apabila kecederaan itu benar-benar sembuh.


Nyah kau Parut Jerawat!

1) Pengambilan Vitamin E 

Ini agak mengejutkan, Jaja pernah baca tulisan Dr Phillip Artemi, ahli dermatologi Sydney yang menyapu krim vitamin E tidaklah membantu dalam menghilangkan parut jerawat. Tapi, sapuan vitamin E boleh membantu dalam proses penyembuhan luka itu sendiri.

Dalam kajian yang lain pula menyatakan vitamin E sebagai makanan suplemen (dimakan ya bukan disapu) boleh menyokong badan kita untuk proses penyembuhan luka pada kulit dan mempengaruhi kesan parut juga. Antara kebaikan vitamin E apabila dimakan berbanding disapu ialah:

❤️ melindungi tisu badan daripada radikel bebas yang menjadi penyebab kerosakan sel dan mempercepat penuaan
❤️ penting dalam pembentukan sel darah merah
Klik untuk info Vitamin E Shaklee :)

Kedua-dua fungsi ini amat membantu dalam proses penyembuhan dan pengurangan kesan parut yang ketara.

Vitamin E ini mudah didapati daripada sayur-sayuran hijau, bijiran dan kekacang. Tapi awas, jangan terlebih ya! Brian Crans mencadangkan maksimum vitamin E sebanyak 1000 mg sahaja sehari jika diambil dari sumber semulajadi dan maksimum 670 mg sahaja jika dari sumber sintetik. Jika terlebih, ia akan menyebabkan salur darah menipis yang akan meningkatkan risiko pendarahan dalam badan.

2) Sapu Krim Pelindung UV


Contoh pelindung UV (ada label SPF)

Joseph Rucker, seorang pakar bedah kosmetik berkongsi tip di Womens Health Magazine supaya kita menyapu bahagian parut dengan krim pelindung UV setiap hari, bahkan ia baik dipakai di seluruhan wajah dan tangan.

Cahaya matahari boleh merosakkan kulit dan menggalakkan sel kulit menghasilkan pigmen yang berlebihan, maka menjadikan parut yang semakin sembuh meninggalkan kesan lebih gelap.

3) Guna pencuci muka yang lembut dari sumber semulajadi

Kandungan pencuci muka yang 'kasar' seperti asid boleh memburukkan lagi parut, jadi gunakanlah produk yang lembut supaya parut tidak kelihatan ketara dan semakin pudar.

Amalan mencuci muka pun penting juga, jangan menggosok terlalu kuat yang boleh melukakan kulit dan meninggalkan kesan parut.

4) Sapuan Aloe Vera



Petua Aloe Vera atau lidah buaya memang selalu kita dengar untuk kebaikan kulit. Ya memang benar itu. Selain melembutkan kulit, gel pada daun aloe vera dapat membantu memulihkan luka dan parut dengan mempercepatkan proses penyembuhan. Lagi pula, fungsi aloe vera dalam penyembuhan luka telah dikaji mendalam selain kemampuannya untuk memudarkan parut. Boleh baca salah beberapa kajian yang berkaitan:

1. The Review on Properties of Aloe Vera in Healing Cutaneous Wounds

2. Topical Application of Aloe Vera Accelerated Wound Healing, Modeling and Remodeling - an Experimental Study

5) Minyak kelapa 

Minyak kelapa yang disapu pada memberi kelembapan. Ia dapat menghalang terjadinya parut atau mengelakkan kesan parut menjadi lebih besar dan hitam.

6) Minyak pokok teh (tea tree)



Sapu pada tempat berparut kerana ia berupaya memudarkan parut secara beransur-ansur. Minyak tea tree ini juga bagus dalam menyembuhkan jerawat, sebab itulah ada produk kecantikan yang memanfaatkan khasiat tea tree ini.

7. Cuka Epal
Campur cuka epal dengan madu, sapu pada kawasan berparut. Selepas 10 minit, bilas ia.

Cuka epal bersifat antiseptik dan sesuai untuk merawat masalah jerawat dan parut jerawat. Ia juga berupaya membuang sel kulit mati untuk memperbaiki kesan parut.


Sebenarnya usaha untuk menghilangkan parut jerawat nie memakan masa, bukan dapat hasil sehari dua. Jadi nasihat Jaja, banyakkan bersabar ya, apply tips yang diberi mudahan parut anda akan hilang tak lama lagi. Selamat berjaya!


Rujukan bersama: Dr Axe

Tiada ulasan: