Bahaya Krim Pemutih Kulit Segera!

Ramai orang terutama gadis-gadis yang obses nak jadi putih, jadi tak hairan pelbagai krim pemutih kulit yang muncul di pasaran, selain suplemen dan suntikan pemutih kulit juga. Isy tak tau Jaja nak cakap macam mana.. penting sangat ke jadi putih? Obsesi masing-masing kot.


Kalau anda memang anda msalah tona tak sekata, sunburn, jeragat dan pigmentasi lain tu tak apa jugalah berikhtiar untuk hilangkannya..😅


Bercerita pasal krim pemutih kulit, pernah ke anda dengar tagline putih segera seperti kesan seawal 3 hari? Awas ye kalau jumpa produk sebegini. Memutihkan kulit secara sihat tidak berlaku secara drastik melainkan ada sesuatu risiko yang patut kita semua risaukan.


Fungsi Produk Pemutih Kulit

Produk pemutih kulit biasanya bertindak melambatkan penghasilan melanin (lapisan kulit gelap). Agen peluntur dalam produk pemutih kulit akan mengurangkan tindakan enzim tyrosinase yang mengawal penghasilan melanin. Agen pemutih yang berkesan akan membantu masalah pigmentasi lain selain memutih. Namun, penggunaan agen pemutih berasaskan bahan kimia berpotensi membahayakan dan memberi risiko kepada kesihatan seseorang dalam jangka masa yang lama.


3 Bahan Berbahaya dalam Krim Pemutih Kulit

1. Merkuri 



Pada 2013, FDA telah mengeluarkan larangan kepada orang ramai supaya pengguna tidak menggunakan krim, losyen atau sabun yang mengandungi merkuri kerana bahayanya akibat keracunan merkuri. Malah pada 1990 lagi, FDA sudah melarang penggunaan merkuri dalam produk pencerah kulit.

Merkuri adalah bahan kimia yang toksik, ia mudah terkumpul di dalam badan tetapi sukar untuk mengeluarkannya. Penggunaan bahan kosmetik yang mengandungi merkuri boleh menyebabkan ruam, meninggalkan parut dan lunturnya warna kulit, iaitu kulit kelihatan putih pucat kebiruan.

World Health Organisation (WHO) pula menggariskan bahawa penggunaan bahan merkuri dalam tempoh jangka masa panjang akan membawa kepada kerosakan buah pinggang dan kemerosotan saraf.

2. Hydroquinone

Hydroquinone biasanya ditemui dalam industri pembuatan getah dan pewarna rambut. Ia adalah bahan kimia yang toksid tetapi digunakan sebagai agen pemutih dalam krim dan losyen kerana sangat efektif. Ia bertindak melambatkan aktiviti enzim tyrosinase, jadi mengurangkan penghasilan melanin.

Selidik dulu kandungan krim pemutih kulit anda.. :)

Hydroquinon adalah toksik kepada sel, bersifat mutagen yang boleh merosakkan struktur sel dan karsinogenik (menyebab kanser). Ia juga berisiko membawa komplikasi kepada kecelaruan tiroid dan penyakit hati.

Pakar Kulit Jerawat dan Jeragat, Dr. Haseenah Hassan berkata hydroquinone hanya boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan. Penggunaan yang berterusan akan menyebabkan kesan berbalik iaitu keadaan kulit pengguna menjadi semakin teruk (ochronosis). Orang yang terjadinya ochronosis akan terdapat tanda hitam kebiruan pada bahagian kulit tertentu. Kesan lain ialah daya tahan kulit kepada UV menjadi lemah dan akhirnya boleh membawa kepada kanser kulit.

3. Steroid

Steroid sangat berguna dalam mengubati keradangan kulit yang disebabkan oleh penyakit seperti ekzema, psoriasis dan dermatitis. Menariknya, steroid bukan bertujuan untuk memutihkan kulit!

Jangan obses sangat nak putihkan kulit ye !

Dalam produk pemutih kulit, steroid bertindak mengecutkan salur darah. Apabila kurang darah yang di bawah ke kulit, penampilan kulit kelihatan lebih putih dan cerah (yang sebenarnya pucat 😅).

Selain itu, steroid juga melambatkan proses penggantian sel melanin pada kulit, jadi kadar penggelapan kulit dilambatkan supaya kulit kelihatan cerah. Keburukan bila sel kulit lambat digantikan, ia berisiko untik kulit menjadi nipis sehingga nampak urat hijau. Bahaya tau macam ni, kulit dah menipis! Maka risiko untuk terkena kanser kulit akan meningkat juga.

Steroid juga boleh mengganggu fungsi hormon dalam badan sehingga boleh menyebabkan kecelaruan yang dipanggil Cushings Syndrome.

Jadi, dah tau kan serba-sedikit bahayanya krim pencerah, nak-nak yang kesan segera tu. Jangan disebabkan gila nak putih, kita tak ambil kira soal kesihatan badan yang lain ya. Jom jadi pengguna yang bijak. 💕

Semoga bermanfaat 😊


Rujukan: Skin Whitening News




Baca seterusnya: 4 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi dan Selamat

Tiada ulasan: