Follow Us @bijak.sihat

18 Ogos 2017

Mengapa Penting untuk Detoks Organ Hati Kita?

Hati, adalah suatu organ dalaman yang paling besar dalam tubuh kita. Ia terletak di abdomen sebelah kanan di bawah diafragma rongga toraks kita. Satu persoalan, perlu ke kita detoks hati? Detoks hati di sini bermaksud memulihkan kemerosotan fungsi hati supaya ia kembali efisien. Kalau tak bantu untuk detoks hati pula apa jadi? Dan..apa tanda-tandanya kita perlu detoks organ hati kita? Jom rungkaikan bersama :)

Kedudukan Organ Hati


Hati mempunyai banyak fungsi dalam badan kita. Antara fungsi-fungsi hati ialah..

💖 membina protein badan seperti hormon, albumin dan faktor pembeku darah
💖 menyimpan vitamin larut lemak dan zat Besi
💖 membina trigeliserida dan kolesterol
💖 menyimpan glukosa berlebihan kepada bentuk tenaga simpanan iaitu glikogen
💖 menukar semula glikogen kepada glukosa apabila badan memerlukannya
💖 merembeskan jus hempedu yang digunakan dalam penghadaman lemak
💖 menukar ammonia, iaitu hasil buangan metabolisme badan kepada urea, untuk disingkirkan oleh ginjal  melalui air kencing
💖 menyahtoksin darah daripada bahan berbahaya seperti dadah dan alkohol
💖 tempat pemusnahan sel darah merah

Banyak kan fungsi hati :)

Jadi, hati yang sihat akan menjalankan setiap fungsinya dengan sempurna. Sebaliknya jika organ hati kita tidak sihat, maka proses-proses melibatkan hati akan terganggu sekaligus menjejaskan kesihatan kita secara keseluruhan. Here comes the importance of detoks hati!


Apa risiko kesihatan bagi organ hati?

Tentu kita tertanya-tanya kan, apalah yang boleh mengganggu fungsi hati.. Dan perkara yang membuatkan kesihatan hati terjejas? Baca lagi ya.

Hati sihat vs. Hati rosak

Datok Dr Ahmad Shukri, Pakar Gastroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Puterajaya telah menerangkan 2 jenis risiko kepada hati iaitu sakit hati atau rosak hati.

Pelbagai faktor boleh menyebabkan sakit hati seperti akibat jangkitan virus hepatitis, akibat minuman keras, bernanah atau masalah pundi hempedu.

Kerosakan hati pula ialah hati menjadi radang atau bengkak berlaku akibat serangan virus seperti virus hepatitis B atau C yang kronik, sirosis (pengerasan hati) atau kanser yang menyebabkan kegagalan fungsi hati.

Kegagalan hati bermaksud semua fungsi hati yang kita bincangkan di atas tidak dapat lagi berjalan. Boleh tak anda bayangkan andai berlaku kerosakan hati?? Isy memang bahaya!

Dalam erti kata yang lebih mudah, penyakit hati lama-kelamaan boleh membawa kepada kerosakan hati!


Petanda Penyakit Berkaitan Hati

Ada beberapa petanda umum penyakit berkaitan hati tetapi dapatkanlah rawatan doktor untuk kepastian ya. Antara petanda kerosakan hati ialah:


  • Hepatitis
  • Hilang selera makan
  • Turun berat badan
  • Kencing kuning pekat
  • Najis berwarna kelabu seperti tanah liat
  • Pening
  • Keletihan


Apa yang DTX Complex boleh bantu untuk Kesihatan Hati Kita?

Kementerian Kesihatan Malaysia telah merangka program suntikan vaksin Hepatitis supaya dapat melindungi badan kita dengan serangan virus hepatitis yang boleh merosakkan fungsi hati. Tapi, bagaimana pula kita menjaga hati secara peribadi?


DTX Complex adalah dalah satu cara kita memelihara kesihatan hati. Ia adalah sejenis herba dengan ramuan milk thistle dan beberapa bahan lain yang mempunyai manfaat berikut:

  • Kaya dengan bahan antioksida, melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
  • Memperbaiki masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • Membantu menjana semula sel-sel hati
  • Melawan tumor dan kanser
  • Merendahkan paras gula dalam darah
  • Memperbaiki sindrom keletihan yang kronik

Jadi, DTX dapat membantu kita untuk memelihara hati yang sihat. Always, mencegah sentiasa lebih baik dari merawat. Namun, kalau sudah terlanjur sakit, DTX masih relevan sebagai suplemen yang menyihatkan kerana berupaya merangsang pembinaan sel-sel hati yang rosak, insyaAllah.




Rujukan: Medicine Net 

Tiada ulasan: