Follow Us @bijak.sihat

05 Ogos 2017

Testimoni Pengguna SET JERAWAT SHAKLEE

Jerawat? Hanya orang yang ada masalah jerawat kerap aje akan faham betapa stress dan kecewanya bila setiapkali pandang cermin. Bukan itu aje, jerawat ni boleh buatkan hilangkan keyakinan diri sama tau. Bukan Jaja tak pernah jumpa orang yang banyak jerawat tapi tetap high confidence.. tapi serius tak ramai mana!

Anda bayangkan bila berjalan sebelah bestie anda yang berkulit wajah flawless sedangkan kita pula berjerawat sana-sini, apalah yang kita rasa kan. Sudah macam beauty and the beast dah :'( Kawan kita bukan main senyum sampai telinga lagak retis bila ada yang memandang, kita pula rasa macam nak sorok muka dalam baju aje kan. Itu belum lagi bila ada orang tegur kondisi jerawat kita tu, sangguplah bermasam muka dengan yang ditegur, tak gitu?



Apapun jerawat tu mungkin satu dugaan buat kita..

Bersabar ya, untuk yang diuji.. 😊

Namun dalam bersabar, selagi ada ruang dan kesempatan untuk kita perbaiki segala kekurangan, haruslah kita bertindak. Tak boleh terus di takuk lama saja tau kawan-kawan!



Kisah "From Beast to Beauty"

Cerita 1: 
Stressnya bila ada jerawat :'(

Sahabat kita nie alami masalah jerawat di muka yang agak teruk. Beliau cuba 2-3 produk muka untuk atasi masalah beliau malangnya kulit jadi semakin teruk. Apa yang beliau lakukan seterusnya ialah mencuba produk Shaklee iaitu Vitamin C, ESP dan GLA Complex sebelum konsisten dengan Vitamin E pula. Hasilnya? Dah cantik dah kulit beliau! Yay 😉

Mengapa mengambil GLA? Sebenarnya GLA ni dapat membantu masalah ketidakstabilan hormon yang mungkin menjadi punca masalah jerawat. Vitamin C pula bantu pudarkan jerawat dan cerahkan wajah, selain Vitamin E untuk bantu kulit cantik licin dan glowing. ESP adalah protein yang dapat memperbaiki struktur kulit yang rosak dengan membina semula tisu kulit yang sihat.


Cerita 2:
Gembiranya hati.. yay!

Hasil konsisten selama 6 bulan, inilah hasilnya. Gembira kakak kita ni 😊 yalah mana tidaknya, kulit wajah jadi lembut, jerawat pasir hilang dan bonus tumit kaki yang pecah kembali pulih!

Amaran: Cepat atau lambat kesan produk adalah bergantung kepada individu, kesannya mungkin berbeza kerana pelbagai faktor seperti gaya hidup, corak pemakanan dan tindakbalas badan masing-masing.


Cerita 3:
Nak flawless biar buat keputusan yang bijak ye :)

Mengambil Vitamin C dan Vitamin E secara konsisten  sudah berjaya bantu sis kita seorang ni untuk pudarkan jerawat di mukanya. Memang awesome kan!



Seronok mendengar kisah mereka yang sudah berjaya mengatasi masalah kulit berjerawat di atas ya tak? Jadi, Jaja pesan jangan cepat berputus asa ya untuk terus berikhtiar bagi anda yang ada masalah serupa.

Mungkin anda kisah Beast to Beauty seterusnya?




Baca Seterusnya: 7 Cara Menghilangkan Parut Jerawat

2 ulasan:

eanaaziz1234 berkata...

memang low self esteem.. rasa mcm org pandang jerawat kite je...syukur bertemu Shaklee 😊

Jaja berkata...

Betullah tu, Alhamdullilah Shaklee dapat membantu masalah jerawat ni :)