Follow Us @bijak.sihat

17 September 2017

Kebaikan Rangkaian Produk Prosante untuk Rambut Sihat Menawan!

Kebaikan Rangkaian Produk Prosante untuk Rambut Sihat Menawan!


Mengapa Patut Memilih Prosante?


Kalau anda nak pilih Syampu rambut dan produk-produk penjagaan rambut yang lain, criteria apa yang akan anda pertimbangkan?

Ada orang yang tak kisah. Contohnya senang aje pilih mana-mana produk rambut yang melambak di pasaran. Rasa kalau packaging cantik dan jenamanya agak dikenali, cepat aje memilih sesuatu produk tu kan! Anda macam tu ke? hihi

Prosante - Rangkaian Produk Penjagaan Rambut yang istimewa


Ha kali ini Jaja nak share pasal rangkaian produk Prosante daripada Shaklee. Apa istimewanya produk nie? Jomlah terjah sama-sama!


Rambut Yang Sihat datang dari Nutrisi Yang Cukup


Percaya atau tidak, untuk mendapatkan rambut yang sihat dan menawan bermula daripada akar rambut yang subur. Akar rambut yang subur pula hanya dapat diperoleh dengan mendapatkan nutrisi rambut yang cukup; daripada pemakanan mahupun produk jagaan rambut fizikal macam syampu.

Di dalam rangkaian produk Prosante, ia mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba. Istimewanya campuran ini bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang optimum bagi merangsang rambut yang sihat, lebat dan menawan.  Dalam erti kata mudah, nak suburkan akar rambut dululah.. baru sihat boleh tampil cantik menawan :)

Antara ramuan istimewa dalam Prosante ialah:
  • Ekstrak Swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut
  • Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat
  • Minyak daun pokok teh serta ekstrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikel bebas dan factor-faktor persekitaran lain
  • Tidak mengandungi bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan kulit kepala

Pilihan di Tangan Kita


Ketika ini, mungkin anda ada terfikir tentang perkara ini; ya, nutrien memang penting untuk rambut sihat! Sebab tu penting untuk kita memilih syampu, perapi dan serum rambut yang terbaik. Kalau boleh, pilihlah yang ada kandungan nutrien rambut, kurang bahan kimia dan yang paling penting cocok dengan masalah kulit yang sedang kita hadapi.

Main beli dan guna saja sebarang produk rambut mungkin dapat mencuci rambut anda tetapi tahap kesihatan rambut mungkin akan merosot hari demi hari jika anda tidak memilih kandungan produk yang terbaik.

Pesan Jaja, kenalpasti beberapa perkara sebelum anda memilih produk rambut yang sesuai dan terbaik ;)


Apa jenis rambut anda? 

Apa masalah rambut anda; kelemumur, rambut gugur atau bercabang? 

Apa nutrien yang paling anda perlukan untuk membantu mengatasi masalah rambut anda?


Kemudian, kenal, kaji dan dengar apa kata mereka tentang produk rambut yang mungkin jadi pilihan anda. Memilihlah dengan bijak, pilihan di tangan anda ;)


Rangkaian Prosante


1. Nourishing Scalp Treatment (59 ml – untuk semua jenis rambut)


Ia menyelesaikan masalah rambut di peringkat akar umbi dengan serum yang amat mudah diserap kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.


  • Tidak berminyak atau melekit pada rambut
  • Antioksida yang terdapat dalam Vitamin A dan E serta Coenzim Q10 melindungi kulit kepala daripada radikel bebas

2. Revitalizing Shampoo (296ml – untuk semua jenis rambut)


  • Kutikel rambut yang lembut dan beralun
  • Menyegar dan mengimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa penghidratan berlebihan atau pengeringan

3. Lightweight Conditioner (296ml – untuk semua jenis rambut)


  • Melicin dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Rambut lebih tebal, berkilat dan subur

4. Purifying Shampoo (237  ml – untuk semua jenis rambut)


Membersih hingga ke akar rambut, membuang baki produk gayaan rambut, pertambahan mineral dan bahan cemar alam sekitar yang lain

Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

5. Replenishing Conditioner (237 mlm – untuk semua jenis rambut)


Membersih hingga ke akar rambut, membuang baki produk gayaan rambut, pertambahan mineral dan bahan cemar alam sekitar yang lain

Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur


6. Long Lasting Finishing Spray


  • Mengekalkan gaya rambut
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikerinting halus dan rambut yang mudah kusut


Testimoni Pengguna Produk Prosante yang telah Berpuashati


".. masalah suami ialah masalah kelemumur, kulit kepala gatal dan rambut gugur.. husband cakap kelemumur dia dah kurang dan kulit kepala tak gatal lagi. Saya pula rambut jenis kering dan mengerbang, sekarang tak lagi.. bangun tidur, sikat sikit-sikit pakai tangan dah jadi ok balik.."



“Customer saya simpan rambut panjang sampai ke lutut tapi masalah bila rambut ada kelemumur.. dia beli syampu Prosante dan katanya kelemumur hilang dah. Lagi, tak mengembangkan rambut bila dah kering, buih pun banyak. Beliau baru 2 kali guna, saya pun happy bila pengguna berpuashati :)"


“Kulit kepala mak saya berkuping-kuping sebab kelemumur teruk sampai luka-luka sebab asyik dok menggaru. Lepas pakai shampoo ni (Prosante), dah kurang kuping-kuping dan kawasan yang luka-luka tu dah nampak ok."



2 Set Prosante


Terdapat 2 jenis Set Prosante untuk pengguna. Pilihlah yang paling sesuai untuk anda. Jika anda tiada masalah rambut, anda hanya perlu memilih Prosante Set 1 untuk tetap memelihara kesihatan dan kesuburan rambut anda setiap hari!

Pilih Prosante Set 2 jika anda punyai masalah rambut seperti rambut gugur, bercabang, rambut rapuh, kelemumur dan gatal-gatal.

Untuk kedua-dua kes, Jaja galakkan untuk cukupkan nutrient rambut daripada pemakanan seharian juga. Barulah rambut anda kekal menawan sepanjang zaman nanti... cheeeewah! Eh betul tauu. Semak sini untuk baca tentang 5 Nutrien untuk Rambut Yang Sihat.


Klik untuk semak Harga ya ;) Atau boleh terus membuat pembelian kalau dah berkenan.


Set 1 – Rambut Normal ( nombor 1,2,3,6)


Set 2 – Rambut Bermasalah (nombor 1,4,5,6)


Kalau anda tak pasti produk Prosante mana satu yang paling sesuai untuk anda, mari sembang-sembang dengan Jaja dulu. Jaja akan syorkan anda produk yang terbaik untuk cuba atasi masalah rambut yang mungkin anda ada tu.. :)



Tiada ulasan: